Page 233 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 233

Sorotan Khas






















              kekerapan mencuci tangan. Di samping itu, pelajar turut memberi pendedahan kepentingan
              pemeriksaan berkala berkaitan kanser pangkal rahim dan cara pemeriksaan kendiri payudara.
              Mereka  juga  mempromosi  kepada  penduduk  kampung  untuk  turut  serta  dalam  karnival
              kesihatan yang diadakan pada hari Sabtu, 20 November 2021.
              Karnival kesihatan Wanita dan Kanak-kanak telah berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan
              Bukit Rok. Pengisian program karnival adalah pemeriksaan kesihatan umum (berat badan, tinggi,
              bacaan tekanan darah dan ujian glukosa darah), pameran dan promosi kesihatan berkaitan
              kanser payudara dan kanser pangkal rahim serta pameran dan aktiviti berkaitan pemakanan.
              Terdapat 2 sesi ceramah dianjurkan iaitu Pemakanan Sihat oleh Pegawai Sains Pemakanan dari
              Pejabat Kesihatan Daerah Bera dan Penjagaan Kesihatan Remaja yang disampaikan oleh pelajar
              FPKP. Bagi memeriahkan karnival kesihatan, pelajar FPKP telah mengadakan sesi senamrobik
              dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak serta gubahan bunga untuk peserta dewasa.
              Program  SULAM  ini  juga  bertujuan  untuk  mendekatkan  diri  pelajar  universiti  dengan
              masyarakat dan memberi pendedahan kepada pelajar yang bakal bergelar doktor perubatan
              kepada dunia sebenar. Mereka berpeluang berkomunikasi secara terus dengan Orang Asli
              dan menyelami sendiri tahap kesihatan mereka.

                                                             Program Walkabout YAB Perdana Menteri
                                                             Bersempena Program Khidmat Komuniti
                                                             Bersama  UPNM  dan  JAKOA  Dengan
                                                             Kerjasama Pejabat Parlimen Bera
                                                             Pada 20 November 2021: Bertempat di Sek.
                                                             Keb. Bukit Rok Bera, Pahang telah berlangsung
                                                             Program  Walkabout  YAB  Perdana  Menteri
                                                             bersempena  Program  Khidmat  Komuniti
                                                             bersama  UPNM  dan  Jabatan  Kemajuan
                                                             Orang  Asli  (JAKOA)  dengan  kerjasama
                                                             Pejabat  Parlimen  Bera.  Terdahulu  Program
                                                             Service  Learning  Malaysia  -  University  for
                                                             Society (SULAM) diadakan dari 15 November
                                                             dan  berakhir  pada  26  November  2021.
                                                             Dengan  bertemakan  Kesihatan  Wanita  dan
                                                             Kanak-kanak, seramai 50 orang pelajar Tahun
                                                             3  Fakulti  Perubatan  diiringi  15  pensyarah
                                                             menjalankan program pemeriksaan kesihatan
                                                             bersama masyarakat Kampung Bukit Rok.
                                                             Semasa  program  berlangsung,  YAB  Dato’
                                                             Sri  Ismail  Sabri  Yaakob,  Perdana  Menteri
                                                             menyaksikan       pertukaran      dokumen

             232   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238