Page 238 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 238

Prestasi Kewangan

                 LAPORAN KEWANGAN 2021

                 PENDAPATAN MENGURUS
                 Pendapatan mengurus UPNM adalah sebanyak RM121,634,494 pada tahun 2021. Daripada
                 keseluruhan pendapatan tersebut, sebanyak RM106,875,600 (87.9%) merupakan pemberian
                 Kerajaan. Pendapatan yang dijana sendiri oleh UPNM adalah terdiri daripada yuran pengajian
                 sebanyak RM11,468,515 (9.4%) dan Keuntungan pelaburan serta pendapatan lain-lain sebanyak
                 RM3,290,379 (2.7%). Perbandingan jumlah pendapatan mengurus bagi tempoh lima (5) tahun
                 terkini iaitu dari tahun 2017 sehingga 2021 dapat dilihat dalam Jadual 71 manakala perincian
                 punca pendapatan mengurus bagi tempoh yang sama ditunjukkan dalam Carta 2.
                  Jadual 71:   Pendapatan Mengurus


                                   Tahun           2017        2018        2019        2020        2021
                        Sumber                    RM '000     RM '000     RM '000     RM '000     RM '000
                       Pemberian Kerajaan         108,688     115,614      112,717    100,579     106,876
                         Yuran Pengajian           8,405       10,498      11,631      10,175      11,468
                      Keuntungan Pelaburan         4,567       4,234       3,937       3,052       2,032
                       Pendapatan lain-lain        2,392        656        6,901       1,007       1,258
                             Jumlah               124,052     131,002     135,186     114,813     121,634


                  Carta 2:      Sumber Pendapatan Mengurus untuk 5 tahun (2017 – 2021)





























                 Berdasarkan  kepada  carta  2  di  atas,  secara  purata  sumber  pendapatan  peruntukan
                 mengurus UPNM bagi tempoh 5 tahun ke belakang ialah 87.7% daripada geran kerajaan dan
                 hanya 12.3% daripada sumber dalaman yang sebahagian besarnya adalah daripada yuran
                 pengajian.
                 PERBELANJAAN MENGURUS
                 Jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus UPNM meningkat sebanyak 0.9% pada tahun
                 2021 kepada RM126,106,479 berbanding RM125,021,531 pada tahun 2020. Perbelanjaan ini
                 adalah terdiri daripada pembayaran emolumen sebanyak RM77,335,816 (61.3%), perkhidmatan
                 dan  bekalan  berjumlah  RM42,227,327  (33.5%),  pemberian  dan  kenaan  bayaran  tetap
                 RM1,319,109 (1.0%), susutnilai sebanyak RM3,993,395 (3.2%) dan perbelanjaan lain berjumlah


                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020   237
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242   243