Page 240 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 240

Prestasi Kewangan


                  Carta 3:          Prestasi Keseluruhan Peruntukan Mengurus untuk 5 tahun (2017 - 2021)




























                 Perbelanjaan Mengurus UPNM pada tahun 2021 ialah sebanyak RM126,106,479 berbanding
                 RM125,021,531 pada tahun 2020. Ini merupakan peningkatan sebanyak RM1,084,948 (0.9%).
                 Ini  disebabkan  oleh  peningkatan  dalam  perbelanjaan  emolumen  sebanyak  RM3.9juta.
                 Walaubagaimana  pun  terdapat  penurunan  dalam  perkhidmatan  dan  bekalan  sebanyak
                 RM2juta dan susutnilai sebanyak RM0.8juta.
                 Berdasarkan kepada jumlah perbelanjaan yang lebih tinggi berbanding pendapatan, UPNM
                 telah menunjukkan kurangan bersih sebanyak RM4,471,985 pada tahun 2021 berbanding
                 kurangan  bersih  sebanyak  RM10,208,340  pada  tahun  2020.  Ini  merupakan  pengurangan
                 defisit sebanyak RM5,736,355 (56.2%). Penurunan defisit ini adalah disebabkan oleh peratus
                 peningkatan hasil yang lebih tinggi berbanding peratus peningkatan dalam perbelanjaan.

                 ASET DAN TANGGUNGAN
                 Jumlah  aset  bukan  semasa  UPNM  pada  tahun  2021  adalah  sebanyak  RM190,557,871
                 berbanding dengan RM194,192,324 pada tahun 2020. Ini merupakan penurunan sebanyak
                 RM3,634,453 (1.9%). Ini disebabkan oleh tiada pertambahan yang ketara dalam pembelian
                 hartanah, loji dan peralatan dan aset tak ketara serta aset telah mencapai pelunasan penuh.
                 Jumlah aset semasa UPNM pada tahun 2021 adalah sebanyak RM105,917,838 berbanding
                 dengan RM110,478,812 pada tahun 2020. Ini merupakan penurunan sebanyak RM4,560,974
                 (4.1%). Ini disebabkan oleh penurunan dalam tunai dan simpan tetap sebanyak RM9juta.
                 Walaubagaimanapun terdapat kenaikan dalam Urus Niaga Bukan Pertukaran Belum Terima
                 dan Lain-lain Belum Terima dan Deposit sebanyak RM4.1juta.
                 Jumlah  liabiliti  bukan  semasa  UPNM  adalah  berjumlah  RM2,343,756  pada  tahun  2021
                 berbanding  dengan  RM2,205,410  pada  tahun  2020.  Ianya  mencatatkan  peningkatan
                 sebanyak RM138,346 (6.3%). Ini disebabkan oleh penambahan dalam peruntukan manfaat
                 kakitangan jangka panjang.
                 Jumlah liabiliti semasa UPNM pada tahun 2021 adalah sebanyak RM66,886,125 berbanding
                 RM66,579,116 pada tahun 2020. Ini merupakan peningkatan sebanyak RM307,009 (0.5%). Ini
                 disebabkan oleh peningkatan geran tertunda sebanyak RM1.7juta dan peruntukan manfaat
                 kakitangan sebanyak RM0.6juta. Walaubagaimanapun terdapat penurunan dalam Urus Niaga
                 Pertukaran Belum Bayar sebanyak RM1juta dan Lain-lain belum bayar sebanyak RM1juta.

                 UPNM mempunyai aset bersih sebanyak RM227,245,828 pada tahun 2021 berbanding sebanyak
                 RM235,886,610 pada tahun 2020. Ini merupakan penurunan sebanyak RM8,640,782 (3.7%).


                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020   239
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   235   236   237   238   239   240   241   242   243   244   245