Page 235 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 235
Sorotan Khas
National Defence University of Malaysia
Penganjuran Debat Diraja Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2021 akan tetap diteruskan setiap
tahun bagi melahirkan mahasiswa yang memahami naratif pelbagai isu rakyat. Malahan,
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, acara berprestij itu terbukti
gelanggang kaedah terbaik kemahiran berucap dan memperkukuh kualiti. Mahasiswa
merupakan pewaris yang akan kita harapkan dan yakini mampu berperanan sebagai
penimbal suara menepis ideologi luar tidak selari dengan norma masyarakat kita. Acara
debat ini telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melakar sejarah menang berganda apabila
menjuarai kategori bahasa Melayu dan kategori bahasa Inggeris semalam. Arena debat
dapat menjadi wadah bermanfaat dalam iltizam kementerian melahirkan mahasiswa matang
fikrah pemikiran dan murni siasah agar graduan IPT ada asas kemahiran komunikasi jitu
dalam melontar pandangan dengan bersandar keseimbangan ilmu dan akhlak.
Dalam konteks pendidikan tinggi, debat membimbing mahasiswa agar lebih cakna selok-
belok mentadbir sesuatu isu secara konsensus dengan mengutamakan nasib awam. Menerusi
Pertandingan Debat, pelajar IPT dilatih untuk dapat adaptasi kepada horizon pemikiran yang
lebih luas dan matang, di samping mengasah daya fikir dalam pemahaman isu semasa.
Nadratul Huda Ahmad dari Universiti Teknologi Malaysia muncul pendebat terbaik
keseluruhan manakala Muhammad Ilham Hafiz Azmi dari UIAM menjuarai pendebat terbaik
peringkat akhir. Mereka masing-masing membawa pulang hadiah disampaikan oleh Datuk
Seri Dr. Noraini Ahmad yang berupa trofi, wang tunai sebanyak RM1,000, sijil penghargaan
dan hadiah-hadiah buku sumbangan DBP.
234 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia