92
Laporan Tahunan 2013
UPNM
PUSAT KECEMERLANGAN
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang
berteraskan bidang pertahanan dan keselamatan yang
merangkumi bidang kejuruteraan, teknologi maritim,
sains komputer pengajian strategik, kepimpinan
ketenteraan, penyelidikan dan bidang-bidang lain
yang berkaitan.
Pusat-pusat
kecemerlangan
UPNM
menerajui
perkara-perkara berkaitan dengan kepimpinan
dan pembangunan professional, penciptaan ilmu,
penyebaran ilmu pengetahuan dan aplikasi sains
pertahanan dan teknologi serta penyelidikan polisi.
PUSAT KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN
PROFESIONAL
Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional
adalah sebuah Pusat Kecemerlangan (CoE) yang
bertanggungjawab menjadikan UPNM sebagai sebuah
universiti yang cemerlang dalam meningkatkan
profesionalisme di kalangan pelajar (Pegawai
pusat kecemerlangan
Kadet/Awam), staf pengurusan dan pentadbiran,
pensyarah (Awam/Tentera) dan Pegawai Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) di UPNM ke arah melahirkan
“Intellectual Leaders of Character”.
Peranan utama pusat ini bukan sahaja menyediakan
Kursus-Kursus
Kepimpinan
dan
Modul-Modul
Pembangunan Profesional kepada UPNM dan ATM
bagi membangunkan sumber manusia dan organisasi
dalam bidang akademik, latihan ketenteraan dan isu-
isu pembangunan sahsiah kepimpinan di kalangan
pelajar, para akademia dan pegawai tentera di UPNM
dan ATM, malah juga kepada pelajar, staf dan pegawai
di lain-lain Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian
Pengajian Tinggi dan Agensi-Agensi Keselamatan yang
lain untuk mencapai maksud tersebut.
Pada Tahun 2013, pusat ini juga telah berjaya
mengadakan program kepimpinan di bawah tajuk
UPNM Executive Series
.
UPNM Executive Series
ini
merupakan syarahan umum yang diadakan secara
bersiri. Program ini mengetengahkan pakar dalam
pelbagai bidang meliputi ekonomi, pertahanan,
Pusat Kecemerlangan