Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 103

102
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Projek Agenda Kritikal
Beberapa Projek Agenda Kritikal (CAP; Critical Agenda Project) telah diwujudkan
untuk mencapai hasrat PSPTN. Pendekatan pengurusan projek telah diambil melalui
pengwujudan kumpulan-kumpulan projek pada peringkat sentral dan pada pihak
pelaksana di IPT.Pelaksanaan dipantau rapi oleh Pejabat Pengurusan Program di KPT,
yang bekerjasama dengan pejabat pengurusan program peringkat institusi (iPMO) di
semua IPTA.
Semua IPTA perlu melaksanakan inisiatif-inisiatif tertentu bagi semua CAP yang
telah ditetapkan pelaksanaannya di IPTA. Walau bagaimanapun, sasaran yang
telah ditetapkan bagi setiap IPT bergantung rapat dengan beberapa faktor, seperti
kematangan universiti, kemampuan sumber dan intelek, infrastruktur, dan sebagainya.
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah mengenal pasti 12 CAP sepertimana
berikut:
1.
Akademia (ACAD)
2.
e-Pembelajaran (e-L)
3.
Keusahawanan (ENT)
4.
Kebolehpasaran Graduan (GE)
5.
Pembangunan Holistik Pelajar (HSD)
6.
Industri-Akademia (I-A)
7.
Pengantarabangsaan (INTL)
8.
Pembelajaran dan Pengajaran (L&T)
9.
Program Pemindahan Ilmu (KTP)
10. Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLL)
11. MyBrain15 (MB15)
12. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
projek agenda kritikal
Projek Agenda Kritikal
1...,93,94,95,96,97,98,99,100,101,102 104,105,106,107,108,109,110,111,112,113,...146
Powered by FlippingBook