94
Laporan Tahunan 2013
UPNM
PUSAT PENYELIDIKAN DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN
Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan atau Centre for Defence Research and Technology (CODRAT)
telah ditubuhkan pada Mac 2009. CODRAT memfokuskan kepada R&D&C Pertahanan untuk memenuhi polisi
pertahanan dan juga agensi kerajaan serta swasta. Penyelidikan di pusat ini dilaksanakan secara usahasama
dengan agensi-agensi luar yang berkaitan dalam penyelidikan pertahanan. Dalam masa yang sama hasil
penemuan penyelidikan akan dikomersilkan untuk diguna pakai dalam Angkatan Tentera Malaysia.
UJIAN ‘ENDURANCE’ UNTUK RIKA MOBILE WATER
FILTRATION
RIKA Mobile Water Filteration adalah projek usahasama
antara pihak Omniwise International Sdn Bhd dan CODRAT.
Bagi projek ini, pihak Omniwise telah menggunakan
kepakaran penyelidik dalam menjalankan ujian ‘endurance’
pada alat penapisan air mudah alih mereka.
Pengambilan sampel air dan ujian tersebut telah dibuat
di tasik Pusat Marin UPNM sekitar bulan Mac 2013 dan di
Sungai Dengkil Selangor sekitar bulan Julai 2013. Hasil dari
‘endurance test’ tersebut akan dikilangkan serta dipasarkan
secara usahasama antara UPNM dan Omniwise International
Sdn Bhd.
Lawatan dari Ketua Jurutera Markas Tentera Darat
Pengambilan sampel air di Sg. Dengkil, Selangor
Sampel air
1: Belum dirawat
2: Telah dirawat.
Pusat Kecemerlangan