86
Laporan Tahunan 2013
UPNM
hubungan industri dan korporat
JARINGAN INDUSTRI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat merupakan salah satu portfolio penting kepada
sesebuah universiti dalam usaha menjadikannya universiti yang cemerlang dan berdaya saing
dalam sektor perindustrian yang mana meliputi kerjasama hal ehwal korporat dan hubungan
strategik di peringkat negara mahupun antarabangsa. Bagi Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia (UPNM), portfolio ini dipertanggungjawabkan kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor,
Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (JIPK).
Tambahan pula, sebagai memenuhi hasrat Kementerian Pengajian Tinggi ke arah melaksanakan
Dasar Latihan Industri, JIPK sentiasa menitikberatkan proses pembangunan universiti bersama
industri seperti mewujudkan dan mengukuhkan jalinan industri dalam pelbagai bidang termasuk
industri pertahanan dan keselamatan negara yang menjadi teras penubuhan universiti ini.
HUBUNGAN INDUSTRI KORPORAT
Hubungan Industri Korporatmerangkumi pembangunanhubungandan kerjasama strategik seperti
penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara bersama serta pengkomersilan paten universiti.
Pada tahun 2012 UPNMberjaya menjalinkan kerjasama dengan enam (6) buah badan dan institusi
dalam dan luar negara. Namun begitu, UPNM telah mempertingkat hubungan strategik korporat
pada tahun 2013 dengan menjalinkan kerjasama sebanyak lima (5) Memorandum Persefahaman
(MoU) dan enam (6) Memorandum Perjanjian (MoA). MoU dan MoA ini adalah bertujuan
mewujudkan kerjasama dalam bidang industri pertahanan dan keselamatan bagi pembangunan
akademik serta penyelidikan dan inovasi (R & I). Perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani
adalah seperti di Jadual 31.
Hubungan Industri dan Korporat