Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 84

83
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Cyberjaya, Shah Alam dan Rawang. Penambahan klinik panel ini adalah sebagai tambahan kemudahan klinik
panel sedia ada bagi menjaga kebajikan kesihatan staf UPNM.
Merujuk kepada penambahan tersebut, sehingga Disember 2013, UPNM mempunyai 58 buah Klinik Panel yang
terletak di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Pada 24 April 2013, Mesyuarat Eksekutif Naib
Canselor Bil. 3 Tahun 2013 telah meluluskan kenaikan kadar rawatan klinik panel UPNM daripada RM 45.00
kepada RM 60.00. Kemudahan tersebut diberikan kepada semua staf UPNM yang layak beserta tanggungan bagi
mendapatkan kemudahan rawatan ‘outpatient’.
Kemudahan ini merupakan satu opsyen kepada staf dan tanggungan untuk mendapatkan rawatan di klinik
panel selain mendapatkan rawatan di klinik/hospital Kerajaan. Bagi kes-kes kecemasan atau kritikal staf dan
tanggungannya adalah dinasihatkan merujuk terus kepada hospital kerajaan. Walaubagaimanapun, ianya masih
tertakluk di dalam peraturan Skim Kemudahan Perubatan Staf/Pesara.
Kemudahan Rawatan Pergigian UPNM
Bagi memastikan kebajikan staf terutamanya berkaitan aspek kesihatan terpelihara serta membantu
meningkatkan produktiviti kerja staf, UPNM turut menambahbaik kemudahan perubatan sedia ada dengan
menyediakan kemudahan rawatan pergigian bagi kegunaan staf UPNM. Kemudahan tersebut turut dipanjangkan
kepada tanggungan dengan kadar bantuan sebanyak RM 300.00 sekeluarga dalam tempoh setahun. Rawatan
tersebut adalah terhad kepada rawatan tampalan, rawatan cabutan dan rawatan penskaleran (scalling) sahaja.
Kemudahan Bantuan Perbelanjaan Perubatan
Kemudahan perubatan yang diterima oleh staf UPNM turut melibatkan kes-kes khas yang diluluskan melalui
Jawatankuasa Perubatan Staf UPNM berdasarkan kepada syarat dan peraturan yang telah dikeluarkan oleh
Kerajaan.
Modal Insan Cemerlang
1...,74,75,76,77,78,79,80,81,82,83 85,86,87,88,89,90,91,92,93,94,...146
Powered by FlippingBook