Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 97

96
Laporan Tahunan 2013
UPNM
EXPLORING FACTORS FOR FUTURE HIV PREVENTION IN MALAYSIA
Public Health Institute, US (PHI), bersama-sama CODRAT menjalankan kajiselidik untuk memahami faktor-faktor
berisiko tinggi berkaitan HIV bagi merangka program pencegahan HIV pada masa hadapan untuk meningkatkan
lagi keselamatan awam (public security) di Malaysia. Kajian yang dijalankan oleh Prof Dr Teh Yik Koon ini dibiayai
oleh National Institute of Health, US (NIH) berjumlah USD100,000 untuk tempoh 2 tahun.
BENGKEL HALATUJU PENYELIDIKAN PERTAHANAN DAN KESELAMATAN NASIONAL (21-23 MEI 2013)
Pada 21-23 Mei 2013, Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan UPNM (CODRAT) selaku sekretariat National
Defence and Security Research Council (NDSRC) dengan kerjasama Bahagian Kepimpinan Korporat (BKK) telah
mengadakan satu Bengkel Halatuju Penyelidikan Pertahanan dan Keselamatan bertempat di Glory Beach Resort
Port Dickson. Seramai lebih kurang 60 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli NDSRC telah menghadiri bengkel
tersebut.
Pada hari terakhir bengkel, para peserta telah berjaya mengenal pasti masalah-masalah yang paling utama yang
dihadapi oleh sektor Pertahanan dan Keselamatan di Malaysia.
Dokumen hasil dari Bengkel halatuju ini telah disiapkan dan dibentangkan oleh ketua sekretariat serta mendapat
kelulusan oleh Timbalan Menteri Pertahanan semasa Mesyuarat NDSRC Bil. 5/2013 pada 7 November 2013 di
Bangunan Parlimen Malaysia.
Pusat Kecemerlangan
1...,87,88,89,90,91,92,93,94,95,96 98,99,100,101,102,103,104,105,106,107,...146
Powered by FlippingBook