Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 53

52
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Keamanan, Pameran Majalah dan Komik, Nyanyian Akustik, dan sebagainya. Program MMS ini diadakan
bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana ‘campus life’ di kalangan pelajar-pelajar UPNM di samping
menarik minat pelajar UPNM menyertai aktiviti kebudayaan dalam usaha untuk mengekalkan kebudayaan
yang kian luntur dalam kalangan generasi muda.
Malam Penutup MMS telah dilabuhkan tirainya oleh Timbalan Naib Censelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
iaitu Prof Madya Fadzil bin Che Din yang hadir bagi merasmikan Majlis Penutup MMS. Dalam ucapan TNC
(HEPA), beliau telahmenekankanmengenai usahamewujudkan ‘campus life’ dan ‘Trust and Respect’ terhadap
pelajar dalam usaha untuk menjayakan sesuatu program yang telah diadakan. Oleh itu, pihak pengurusan
universiti harus memberi kepercayaan ke atas usaha dan kreativiti pelajar dalam melaksanakan sesuatu
program dan nilai kepimpinan seiring dengan usaha universiti untuk melahirkan ‘ Leaders of Character’
dikalangan pelajar di UPNM.
Pada malam penutup tersebut telah diadakan pelancaran ‘Pray4Gaza’ yang telah disertai oleh dua badan
NGO iaitu dari Aqsa Syarif dan Aman Palestin serta pelancaran tabung Gaza dalam usaha membantu rakyat
Palestin yang ditindas secara kejam oleh pihak Zionis. Oleh itu, kutipan selama seminggu diadakan di seluruh
kawasan UPNM yang dikendalikan oleh BADAR UPNM dan MPP UPNM telah mencecah sebanyak RM 11,000
dan telah diserahkan kepada badan Aqsa Syarif untuk disalurkan ke rakyat Palestin dalam membantu
mereka. Usaha ini dilihat sebagai keprihatinan pelajar UPNM terhadap rakyat Palestin dan mengutuk keras
tindakan kejam pihak Zionis Israel itu.
ProgramMMS dijadikan sebagai program tahunan yang akan diadakan dalammengekalkan kesinambungan
kebudayaan dalam menwujudkan suasana ‘campus life’ dalam kalangan pelajar UPNM. Secara tuntasnya,
program seperti ini harus digalakkan dalam kalangan pelajar bagi mengekalkan warisan dan seni di Malaysia
dalam memperkasakan mahasiswa kearah Malaysia hebat.
Festival Tari MAKUM 2012
Pada 14 hingga 16 Disember 2012, Kelab Tari Waris UPNM telah mewakili Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia menyertai Festival Tari MAKUM 2012 di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Perlis. Festival Tari
(FESTARI) Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2012 merupakan program tahunan
dalam kalendar MAKUM dalam usaha yang memastikan elemen-elemen kebudayaan khususnya di dalam
bidang senitari tradisional (asli) akan terus dipertahankandanmencipta idea-idea barudi sampingmencungkil
bakat-bakat baru di kalangan mahasiswa dan mahasiswi diperingkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Festival ini juga dapat membentuk pelajar-pelajar lebih berdisiplin dalamhidup keranamempunyai peraturan
dan disiplin tertentu begitu juga dengan seni-seni yang lain dalam usaha memastikan seni warisan bangsa
terus dipelihara dan meningkatkan martabat seni negara. Sebanyak 16 buah IPTA telah menampilkan
persembahan dan gerak tari yang cukup gemalai dan hebat dalam dua kategori iaitu kategori Rampaian
Asli dan Kreatif. Pada FESTARI MAKUM pada tahun ini, Universiti Putra Malaysia (UPM) dinobatkan sebagai
Johan manakala Naib Johan jatuh kepada Universiti Malaya (UM) dan tempat ketiga jatuh kepada Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS). Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg Prof Mohd Fadzil bin
Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UNIMAS merangkap Pengerusi
Sekretariat MAKUM.
Pertandingan Puisi Inter UPNM 2012
Pada bulan Disember yang lalu, Kelab Bumi Sastera UPNM dengan kerjasama Unit Kebudayaan, UPNM
dan Majlis Perwakilan Pelajar UPNM telah mengadakan Pertandingan Puisi Inter UPNM 2012. Objektif
utama pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang puisi agar dapat
diketengahkan bagi mewakili universiti diperingkat kebangsaan disamping menyemarakkan
campus life
melalui aktiviti seni budaya. Pertandingan yang diadili oleh juri profesional ini telah menobatkan saudara
Wan Ubaidah Aemir bin Adnan sebagai Johan manakala Naib Johan disandang oleh saudari Yusnia bt Ismail
dan tempat ketiga pula jatuh kepada Nurul Samirah Zulkifli. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh
YBhg Encik Sharizan Samad, Pegawai Psikologi Kanan, UPNM.
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
1...,43,44,45,46,47,48,49,50,51,52 54,55,56,57,58,59,60,61,62,63,...172
Powered by FlippingBook