Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 43

42
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
Sorotan Aktiviti
Festival Teater MAKUM 2012
Festival Teater MAKUM merupakan aktiviti tahunan di dalam
kalendar MAKUM ia diadakan untuk memberi pendedahan
dan pengetahuan kepada mahasiswa mengenai seni
persembahan teater dalam membangunkan kemahiran
insaniah mahasiswa. UPNM tidak terkecuali dalammenyertai
festival ini malah merupakan penglibatan pertama UPNM.
Penglibatan pelajar dalam festival ini adalah seramai 20
orang yang terdiri daripada ahli Kelab Teater Revolution Art.
UPNM telah mempersembahkan karya bertajuk Isabella:
Kisah 2 Dunia. Karya ini mengisahkan seorang pemuda
bernama Sufi yang terlalu obses mencintai seorang gadis
yang bernama Isabella . Karya ini telah dipentaskan pada 5
Julai di panggung eksperimen Universiti Malaya. Durasi karya
ini adalah selama 45 minit sahaja.
Pelakon utama dalam cerita adalah Abdul Rahman bin Abdul
Halim pelajar tahun 2 memegang watak Sufi, Noor Hasleynda
pelajar tahun 1 memegang watak Isabella, Nasrul Ibrahim
pelajar tahun 1 memegang watak Marwan dan Noor Athirah
pelajar tahun 1 memegang watak Khadijah. Festival teater
ini memberi pengalaman dan pendedahan yang baik untuk
pelajar-pelajar UPNM dalam membaiki kelemahan dalam
persembahan teater .
Sukarelawan Sekretariat Rakan Muda UPNM Meriahkan
Program Go Green dan 1 Malaysia For Youth
Bandar Tun Razak - Program Go Green dan 1 Malaysia for
Youth yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan
dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi pada 15
Julai 2012 (Ahad) mendapat sambutan hangat daripada
belia-belia seluruh negara. Program berkenaan dipupuk bagi
melahirkan rasa kesukarelawan didalam diri belia khususnya
para mahasiswa.
Sukarelawan Sekretariat Rakan Muda UPNM seramai 80
orang tidak ketinggalan untuk turun bersama-sama dalam
membantu menanam pokok di kawasan sekitar Parlimen
Bandar Tun Razak iaitu di PPR Pulau Pinang. Sukarelawan-
sukarelawan berkenaan berkhidmat dengan bergotong-
royong di masjid, menanam pokok dan mengutip sampah.
Aktiviti ini tidak tertumpu kepada golongan belia sahaja ia
juga melibatkan ibu-ibu tunggal, orang kelainan upaya dan
masyarakat setempat. Pada sebelah petang pula mereka
bertolak ke KLCC untuk perasmian 1 Malaysia for Youth.
Program berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Sokongan moral
dan dana yang disumbang oleh Perdana Menteri telah
menggalakkan program-program sukarelawan bergiat aktif
berkhidmat untuk masyarakat.
1...,33,34,35,36,37,38,39,40,41,42 44,45,46,47,48,49,50,51,52,53,...172
Powered by FlippingBook