43
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
Program Kerjaya GCAP dan ASET
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan kerjasama
Unit Kaunseling & Kerjaya UPNM dan My-Partners Sdn Bhd
di bawah Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan
programGCAP (Graduate Career Accelerated Programme) dan
ASET (Accelerated Skill Enhancement Training) kepada para
pelajar tahun akhir yang akan bergraduat pada tahun 2012.
Program yang bermula pada 31 Julai 2012 dan berakhir pada
25 September 2012 itu telah diadakan di Bangunan Bestari,
UPNM. Program GCAP adalah program yang dikhususkan
kepada para pelajar yang mengambil jurusan teknikal
seperti kejuruteraan, juru ukur, dan bidang-bidang berkaitan
kemahiran manakala Program ASET (Accelerated Skill
Enhancement Training) adalah khusus kepada pelajar yang
mengambil jurusan
non-technical
seperti Pengurusan Sumber
Manusia, PengajianStrategi, dan jugaparapelajarKejuruteraan
yang mendapat PNGK 3.00 ke bawah. Objektif utama program
tersebut adalah untuk membantu para pelajar melengkapkan
diri mereka dengan kemahiran-kemahiran yang penting untuk
berada dalam alam pekerjaan selepas tamat belajar. Justeru,
kursus yang dirangka bersama dalam program ini semuanya
menjurus ke arah membantu meningkatkan
soft skills
pelajar
dan membina keyakinan diri mereka untuk bercakap di
hadapan serta meningkatkan kemahiran penguasaan Bahasa
Inggeris. Di akhir kursus, pihak My Partners telah mengadakan
Pameran Kerjaya dengan menjemput beberapa syarikat
antaranya Panasonic Appliances, Honda (M) Sdn Bhd, CIMB
Group, Atos Services Sdn Bhd, AIA Berhad, Proton Edar Sdn
Bhd, Amsteel Mills Sdn Bhd, Kidzania, Aeon Co Berhad, Brand
International, dan KL Airport Services Sdn Bhd. Pameran
Kerjaya tersebut telah diadakan di Dewan Tun Templer
dengan menghimpunkan 149 orang pelajar daripada UPM,
UMT, dan UniMAP yang juga telahmengikuti program tersebut
di universiti masing-masing.
Bakti Siswa Ramadhan
Di bulan Ramadhan yang mulia, sukarelawan UPNM yang
dianggotai seramai 10 orang telah menjalankan program
Bakti Siswa Ramadhan bersama Islamic Relief Malaysia.
Program Bakti Siswa ini dijalankan pada 4 Ogos 2012 (Sabtu)
bersamaan 15 Ramadhan 1433 Hijrah. Khidmat bakti kepada
masyarakat ini adalah salah satu cabang usaha murni
UPNM dalam memberikan sumbangan dan menyampaikan
bantuan kepada golongan yang memerlukan. Flat Taman
Dato Senu 26 telah menjadi lokasi terbaik bagi pelaksanaan
program berkenaan.
Kerjasama yang diberikan oleh jawatankuasa penduduk
flat berkenaan telah memudahkan urusan sumbangan
berkenaan sampai kepada golongan ibu-ibu tunggal, OKU
dan fakir-fakir miskin. Para sukarelawan telah dipecahkan
kebeberapa bahagian untuk menyampaikan sumbangan
mengikut tingkat dan bangunan.