Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 47

46
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
penyerahan tabung telah dirasmikan oleh YBhg Lt
Jen Dato’ Seri Allatif bin Mohd Noor, Naib Canselor
UPNM bagi menyerahkan tabung berkenaan kepada
pihak MRA-Utusan. UPNM telah berjaya mengumpul
dana sebanyak RM 5020.00 bagi meringankan beban
mangsa Rohingya.
Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri
antara IPT Malaysia kali Kedua (Debat PPM 2012)
14 hingga 17 September 2012, Universiti Putra
Malaysia (UPM) dengan kerjasama Yayasan Tunku
Abdul Rahman (YTAR) dan Majlis Debat Universiti-
Universiti Malaysia (MADUM) telah menganjurkan
Pidato Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman
Peringkat IPT 2012 bertempat di Dewan Besar
PKKSSAAS, UPM. Program berbentuk pertandingan
ini adalah acara tahunan yang dikendalikan oleh
MADUM bagi meningkatkan tahap komunikasi
dan kepimpinan pelajar-pelajar dari seluruh IPT di
Malaysia. Antara objektif program tersebut adalah
membentuk pemikiran kreatif dan kritis dalam
kalangan pelajar institusi pengajian tinggi dalam
menyusun dan mengumpul maklumat mengenai
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, membentuk
keyakinan diri dan sahsiah pelajar melalui pidato dan kegiatan yang berteraskan kepada pengucapan
awam dan bahas disamping memupuk rasa tanggungjawab dan berintegriti kepada semua pelajar dalam
mengikuti dan menjayakan aktiviti. Justeru, pihak UPNM telah menghantar 2 orang perwakilan daripada
Kelab Debat UPNM iaitu Pegawai Kadet Mohammad Firdaus bin Hashim untuk kategori Bahasa Melayu dan
Ananthapriyha a/p Ramachandiran untuk kategori Bahasa Inggeris buat julung kalinya.
Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Edisi Ke-3, 2012
Kejuaraan Pencak Silat ini telah berlangsung di pasaraya Square One Mall, Batu Pahat pada 17 hingga 23
September 2012. Kejohanan ini dianjurkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pesekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Kejohanan ini
mempertandingkan dua kategori iaitu Terbuka Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan Terbuka Institusi
Pengajian Tinggi Antarabangsa. Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat kerana disertai oleh
pelbagai pasukan Pencak Silat dari serata negeri. Penyertaan tersebut terdiri daripada Politeknik, universiti,
negeri dan negara Singapura serta Vietnam sebagai pasukan jemputan.
Terdapat 33 IPT tempatan yang bertanding pada kejohanan kali ini. Diantara kuasa-kuasa besar diarena
persilatan yang berentap adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) dan politeknik-politeknik. Kejohanan ini juga menampilkan bekas
atlet kebangsaan dan atlet SUKMA mewakili Kolej Komuniti dan Politeknik. UPNM telah menghantar 1
pasukan seramai 27 orang atlet lelaki dan wanita untuk kategori Terbuka IPT Tempatan. Pasukan Pencak Silat
UPNM berjaya merangkul 4 pingat Emas, 2 Perak dan 4 Gangsa serta menduduki tangga ke-2 keseluruhan
di belakang UiTM.
Kehadiran atlet-atlet SUKMA dan kebangsaan memberikan saingan yang sengit. Pesilat UPNM telah
menunjukkan kekuatan mental yang tinggi untuk berlawan dan di antaranya yang mengalahkan atlet-atlet
yang lebih berpengalaman. Keseluruhannya, penyertaan Kelab Pencak Silat UPNM ke Kejohanan yang
berprestij ini amat membanggakan UPNM.
1...,37,38,39,40,41,42,43,44,45,46 48,49,50,51,52,53,54,55,56,57,...172
Powered by FlippingBook