Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 51

50
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
Kejohanan “UTeM Suunto-Salomon Inter IPT & National
Orienteering Cup 2012”
UPNM telah menyertai Kejohanan “UTeM Suunto-Salomon
Inter IPT & National Orienteering Cup 2012”. Pasukan
UPNM terdiri daripada 38 orang Pegawai Kadet. Kejohanan
tersebut berlangsung pada 21 Oktober 2012 bertempat di
Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka. Kejohanan ini
dianjurkan oleh Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dengan
kerjasama Magnet Edge Sdn Bhd.
Kejohanan ini disertai oleh semua IPTA dan ianya mendapat
sambutan yang hangat daripada seluruh warga IPTA tidak
ketinggalan juga staf-staf yang berminat dalam acara ini.
Tujuan penyertaan kejohanan ini adalah untuk memberi
pendedahan dan peluang kepada ahli Kelab Sukan Lasak
UPNM untuk bertanding dengan pasukan yang lebih
berpengalaman. Penyertaan Kelab Sukan Lasak UPNM
bagi kejohanan ini juga bertujuan mengenal pasti atlet
yang berkemampuan dan yang mempunyai prestasi untuk
mewakili UPNM pada kejohanan akan datang.
Kelab Sukan Lasak UPNM antara pasukan yang digeruni
sepanjang perlawanan berlangsung. Kelab Sukan Lasak
UPNM telah berjaya membawa pulang 6 pingat kemenangan.
Kemenangan ini hasil daripada usaha dan semangat tidak
mengerti erti penat dan lelah yang ditunjukkan oleh para atlet
UPNM yang bertanding. Adalah dicadangkan bahawa Kelab
Sukan Lasak diberi lebih banyak pendedahan kejohanan luar
bagi mengekalkan prestasi pemain untuk memberi saingan
kepada pemain yang lebih berpengalaman. Setiap kejohanan
yang disertai dapat memberi peluang kepada ahli Kelab Sukan
LasakUPNMuntukmemperbaikikelemahansebagaipersediaan
menghadapi kejohanan lain pada masa akan datang.
Adalah diharapkan bahawa dengan adanya perancangan
latihan yang teratur serta tempat latihan yang sesuai dapat
membentuk Kelab Sukan Lasak UPNM sebagai sebuah
pasukan yang mantap dan bersedia bagi menghadapi
mana-mana kejohanan yang dapat membentuk sebuah
pasukan yang bersedia bagi menghadapi kejohanan yang
lebih berprestij. Dengan adanya kerjasama daripada semua
pihak, diharap dapat mencapai segala objektif yang telah
disasarkan dan secara tidak langsung dapat memartabatkan
nama UPNM di peringkat IPT.
Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT) 2012
Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT) 2012
telah berlangsung di Kuala Lumpur selaku tuan rumah di
mana universiti-universiti di sekitar Lembah Klang sebagai
venue
acara pertandingan pada 28 Oktober 2012 hingga 11
November 2012.
Sebanyak 15 acara sukan dipertandingkan pada kejohanan
SUKIPT ini dan Kontinjen Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia (UPNM) telah mengambil bahagian dalam 9 acara
1...,41,42,43,44,45,46,47,48,49,50 52,53,54,55,56,57,58,59,60,61,...172
Powered by FlippingBook