Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 60

59
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Pengajaran dan Pembelajaran
Bil
Aktiviti
Tarikh
Tempat
1
2
Bengkel Semakan Kurikulum
Bengkel Pelan Strategik
16 - 18 Julai 2012
26 September 2012
Pusat Marin UPNM
Pusat Marin UPNM
b) Diploma Eksekutif Pengajian Strategi dan Pertahanan (Program UPNM dengan kerjasama Maktab
Turus Angkatan Tentera)
Program Diploma Eksekutif Pengajian Strategi dan Pertahanan (DEPSP) adalah merupakan program
usahasama antara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Turus Angkatan Tentera
(MTAT) dengan menggabungkan kepakaran dan tenaga pengajar daripada kedua-dua belah pihak.
Hubungan kerjasama yang telah terbina ini diperkukuhkan lagi menerusi satu Memorandum Perjanjian
yang dimeterai secara rasminya antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM) pada 30 Ogos 2012 yang lalu. Program ini telah ditawarkan secara khususnya
kepada pegawai terpilih, berpangkat Mejar dan ke atas daripada gabungan ketiga-tiga perkhidmatan
di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan objektif pembelajaran khusus untuk pembangunan
kemahiran dan pengetahuan pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia. Pengambilan pertama bagi
program ini adalah pada Januari 2012 dengan seramai 166 pelajar yang berjaya mendaftar, termasuk 42
daripadanya adalah pelajar antarabangsa daripada pelbagai negara.
USAHA-USAHA PENINGKATAN KUALITI AKADEMIK PADA TAHUN 2012
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP)
(a) Pelaksanaan Bengkel Akademik
Pihak Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan telah mengadakan dua (2) bengkel bagi
meningkatkan kualiti akademik di FPPP. Bengkel tersebut telah diadakan seperti berikut:
(b) Dari segi infrastruktur, FPPP telah berpindah ke Bangunan
Lestari pada 20 Disember 2012. Perpindahan ini
menyaksikan Fakulti telah mempunyai bangunan sendiri
dan juga tambahan bilik kuliah pengajaran.
Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP)
i.
Semua subjek disemak oleh Pemeriksa Luar pada
Peperiksaan Profesional pada akhir Sesi Akademik
2011/2012. Pemerhatian serta cadangan Pemeriksa Luar
diambil kira dalam proses penilaian pengajaran dan
pembelajaran di peringkat fakulti.
ii. Mesyuarat Kurikulum FPKP bersidang setiap bulan bagi
menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
serta meneliti proses penilaian berterusan pelajar.
iii. Format pengajaran dan pembelajaran serta penilaian
dipantau oleh Unit Pendidikan Perubatan (MeQAR) secara
berterusan dan program pengajaran dan pembelajaran
dimantapkanmenerusi perbincangan di antara ahli fakulti
dan keputusan di dalam Mesyuarat Kurikulum Fakulti.
iv. Lawatan pemantauan kali kedua untuk Pemantauan
Program Sarjana Muda Doktor Perubatan oleh pihak
MQA dan MMC mendapati pelaksanaan program serta
persediaan bagi fasa pengajaran seterusnya mengikut
standard yang ditetapkan dan pihak pemantau MQA/
MMC berpuas hati dengan persediaan fakulti dan
universiti bagi program ini.
1...,50,51,52,53,54,55,56,57,58,59 61,62,63,64,65,66,67,68,69,70,...172
Powered by FlippingBook