65
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Pengajaran dan Pembelajaran
PERANCANGAN PROGRAM BAHARU NIEEd
2013
Diploma Pengurusan Logistik (DPL)
Diploma Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan (DPK)
MBA Pengurusan Logistik (MPL)
NIEEd dengan kerjasama Fakulti Pengajian dan
Pengurusan Pertahanan akan menawarkan program
Diploma Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan (DPK)
dan Diploma Pengurusan Logistik (DPL) untuk Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM), khususnya kepada anggota Lain-
Lain Pangkat. Program ini akan tawarkan secara sepenuh
masa dengan tempoh pengajian minima 3 ½ tahun.
Manakala, program MBA Pengurusan Logistik pula
akan ditawarkan secara terbuka kepada semua dengan
memiliki kelayakan Sarjana Muda di pelbagai bidang
pengajian. Program ini akan ditawarkan secara separuh
masa dengan tempoh pengajian minima 2 tahun.
BILANGAN STAF AKADEMIK 2012
Fakulti/Pusat
Bilangan Staf Akademik
(aktif)
Bilangan Staf Akademik
Cuti Belajar
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP)
Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP)
Fakulti Kejuruteraan (FKJ)
Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP)
Pusat Asasi Pertahanan (PAP)
Pusat Bahasa
Jumlah
36
19
58
29
50
22
214
10
3
32
18
19
1
83
Jadual 4.2
PROGRAM PEMBANGUNAN STAF AKADEMIK
Secaradasarnya, Pusat PembangunanAkademik inimenjadi pusat rujukanuntukmemastikankualiti program-
program akademik yang ditawarkan oleh UPNMmemenuhi keperluan dan piawai yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan juga Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Di samping itu, pusat ini juga
bertanggungjawab untuk memberikan latihan-latihan yang diperlukan oleh ahli-ahli akademik UPNM dari
masa ke semasa bagi memastikan para pelajar menerima kualiti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik
dari universiti ini. Menyedari pentingnya peranan staf bukan akademik, PPA juga bertanggungjawab untuk
memberikan latihan yang diperlukan oleh staf bukan akademik dalammenyokong perlaksanaan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan dan efisien.