72
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Pembelajaran Sepanjang Hayat
PENGAMBILAN PELAJAR
Pengambilan untuk sesi kemasukan pelajar baru dibuat sekali dalam setahun. Pengambilan pertama untuk
sesi 2012 dibuat pada November 2011 dan seramai 18 pelajar yang mendaftar daripada ketiga-ketiga
perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Manakala dua staf UPNM mendaftar sebagai pelajar
sambilan. Pengambilan kedua untuk sesi 2013 dibuat pada Disember 2012 dan seramai 21 pelajar yang telah
berjaya mendaftar, terdiri daripada pegawai-pegawai ATM dan syarikat swasta.
SYARAT BERGRADUAT
Pelajar perlu memenuhi syarat bergraduat seperti berikut:
1. Lulus 9 modul dengan pencapaian minimum sekurangnya-kurangnya 40%,
2. Purata bagi 9 modul yang lulus perlu sekurang-kurangya 50%, dan
3. Lulus lisan dan bertulis bagi kertas projek/disertasi, sekurang-kurangnya 50%.
Diploma Eksekutif Pengajian Strategi dan Pertahanan
: UPNM
1. Lt Kol Ajaya Kumar K.B. Kurup (Jan 2012-Nov 2012)
2. Lt Kol Ungku Azly Ungku Zahar (Nov 2012- sekarang)
: MTAT
1. Lt Kol Dr. Janudin Awang
: Setahun (Jan - Disember)
: UPNM dan MTAT
: NIEEd
: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
: Kerajaan Malaysia (MTAT) dan Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia (NIEEd) pada 30 Ogos 2012
Penyelaras Program
Tempoh Pengajian
Tenaga Pengajar
Pusat Penyelarasan
Badan Penganugerahan
Memorandum Perjanjian
(MOA)
(Program UPNM dengan kerjasama Maktab Turus Angkatan Tentera)
PENGENALAN
ProgramDiploma Eksekutif Pengajian Strategi dan Pertahanan (DEPSP) telah ditawarkan untuk pelajar-pelajar
Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT). Ia dikendalikan secara bersama dengan melibatkan gabungan
kepakaran dan tenaga pengajar UPNM dan MTAT. Program ini dibangunkan khas untuk pegawai-pegawai
Angkatan Tentera Malaysia serta tentera negara asing, berpangkat Mejar dan ke atas dengan objektif
pembelajaran seperti berikut:
i.
Memberi nilai tambah pengetahuan. Program ini akan meningkatkan tahap intelektualisme dan
meningkatkan kefahaman dan tafsiran mereka terhadap kursus tentera dengan lebih sistematik.
ii. Meningkatkan tahap pemikiran dan pandangan mereka terhadap sesuatu isu dan memupuk pemikiran
kritis di dalam bidang strategik dan kajian keselamatan. Keupayaan ini adalah amat penting untuk
pegawai-pegawai tentera di dalam membuat keputusan terutama kepada mereka yang terlibat dengan
command and control
di dalam pengurusan–pengurusan ketenteraan.
iii. Menyediakan peluang kepada lepasan graduan dari program ini untuk melanjutkan pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi di UPNM atau di Institusi Pengajian Tinggi yang lain.
SYARAT KEMASUKAN
Keperluan Am Universiti.
Minimum lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan tiga (3) kredit atau kelayakan setaraf dengan Gred 1
atau 2.