Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 71

70
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd)
Pengenalan NIEEd
Institut
Pengajian
Eksekutif
UPNM
(NIEEd)
dipertanggungjawabkan mengkoordinasi program-program
akademik luar kampus dan menyediakan latihan eksekutif
serta pembangunan profesional mengikut keperluan industri
pertahanan dan keselamatan. Tumpuan khusus kepada
‘Creating a Future of Excellence’ dengan membudayakan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan pembangunan
modal insan selaras dengan hasrat Kementerian Pertahanan
dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Ditubuhkan pada 2011, Institut Pengajian Eksekutif UPNM
(NIEEd) telah diwujudkan untuk membolehkan penawaran
beberapa kursus pendek dalam kerangka pembelajaran
sepanjang hayat dan pembangunan modal insan untuk ATM,
PERHEBAT dan agensi keselamatan lain.
VISI
Menjadi organisasi utama pendidikan eksekutif dan
penyelidikan dalam bidang pertahanan dan keselamatan di
rantau ini.
MISI
NIEEd komited untuk menyediakan pendidikan eksekutif
yang cemerlang, penyelidikan dan program pembangunan
profesional melalui kerjasama dengan badan-badan
tempatan dan antarabangsa untuk memenuhi keperluan
industri pertahanan dan keselamatan.
PERANAN
Objektif penubuhan Institut Pengajian Eksekutif UPNM
(NIEEd) adalah:
a. Sebagai
‘one-stop
centre’
mengkoordinasikan
pembangunan dan perlaksanaan program-program
akademik di luar kampus di pelbagai peringkat (diploma,
ijazah dan sarjana) bagi memenuhi keperluan pengajian
sepanjang hayat pegawai-pegawai dan anggota agensi
pertahanan dan keselamatan negara.
b. Pembangunan dan penawaran program akademik baru
di luar bidang pengkhususan fakulti-fakulti di UPNM.
c. Penawaran dan perlaksanaan program pembangunan
profesional selaras dengan keperluan agensi-agensi
pertahanan dan keselamatan serta industri pertahanan.
Pembelajaran Sepanjang Hayat
1...,61,62,63,64,65,66,67,68,69,70 72,73,74,75,76,77,78,79,80,81,...172
Powered by FlippingBook