Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 45

44
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Pengalaman berhadapan masyarakat sekitar Kuala Lumpur ini serba sedikit membuka lembaran baru
kepada sukarelawan bahawa tidak semua golongan bernasib baik. Sumbangan yang diberikan diharap
boleh membantu meringankan beban dan membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.
Dari sudut sukarelawan, tenaga muda ini amat diperlukan supaya usaha murni dapat diteruskan tanpa rasa
berbelah-bahagi.
Kasih Ramadhan 2012
12 Ogos 2012, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Kerjaya UPNM
dan Perbadanan Kraftangan Malaysia telah mengadakan Program Kasih Ramadhan bersama Rumah Anak-
anak Yatim dan Miskin Taman Baiduri, Dengkil, Selangor. Program tersebut telah diadakan di Perkarangan
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk
mengeratkan silaturrahim antara pelajar universiti dengan anak-anak yatim dan juga untuk menimbulkan
kesedaran serta memupuk rasa insaf dikalangan pelajar dalam membantu golongan yang kurang bernasib
baik. Program Kasih Ramadhan ini telah disertai oleh 20 orang pelajar UPNM yang terdiri daripada ahli Kelab
Fasilitator dan beberapa orang pegawai daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Program yang
bermula pada pukul 11.00 pagi itu dimulakan dengan sesi taaruf dan ‘ice breaking’ oleh pelajar UPNM, tadarrus
Al-Quran, lawatan ke Muzium Kraftangan, sesi anyaman ketupat sempena Pameran Kraftangan Malaysia,
dan tazkirah Ramadhan oleh penceramah jemputan pada sebelah petangnya. Program dirancakkan lagi
dengan aktiviti pengagihan bubur lambuk kepada pengunjung Pameran Kraftangan Malaysia oleh anak-anak
yatim tersebut. Majlis penyerahan sumbangan kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Taman Baiduri
telah disempurnakan oleh YBhg Prof Madya Dr. Mohamed Fadzil bin Che Din, Timbalan Naib Canselor Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni sebelum majlis berbuka puasa pada sebelah malamnya.
Program telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya aktiviti memasak bubur lambuk bersama
penghuni Rumah Anak-anak Yatim&Miskin Taman Baiduri dan kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia.
Gua Tempurung-Gopeng “Eco-Challenge 2012”
Kelab Sukan Lasak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menghantar seramai 10 orang
Pegawai Kadet untuk menyertai GuaTempurung-Gopeng “Eco-Challenge 2012” pada 31 Ogos sehingga
2 September 2012 di Gua Gopeng, Perak. Secara tidak langsung, acara ini bertujuan untuk menonjolkan
pencapaian atlet triathlon UPNM di peringkat IPT serta memperkenalkan UPNM kepada warga Malaysia
secara khususnya dan masyarakat luar secara amnya.
Gua Tempurung-Gopeng “Eco-Challenge 2012” disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari setiap
IPT Malaysia. Kesemua Pegawai Kadet UPNM yang menyertai pertandingan pada edisi kali ini berjaya
menamatkan perlumbaan pada masa kurang dari 3 jam dan memberi saingan sengit kepada peserta lain.
Hal ini membuktikan peserta dari UPNM juga mampu bersaing dengan peserta-peserta dari negara lain.
Kedudukan UPNM dalam aktiviti ini dinayatkan di jadual 3.3.
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
Naib Johan
Ke-3
UPNM WORRIOR 1
UPNM WORRIOR 2
2J 8M
2J 26M
Nama Pasukan
Catatan Masa
Kedudukan
Jadual 3.3
Kedudukan UPNM Dalam Aktiviti Eco-Challenge
1...,35,36,37,38,39,40,41,42,43,44 46,47,48,49,50,51,52,53,54,55,...172
Powered by FlippingBook