Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 25

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
24
Laporan Naib Canselor
Lt Jen Dato’ Wira Allatif bin Mohd Noor
Naib Canselor
Kualiti yang murni ini azalinya bersandarkan kepada kewujudan sifat-sifat menghormati
dan membudayakan etos kepahlawanan sebagai gaya hidup, tanpanya adalah sukar
seseorang itu sanggup mengorbankan nyawa dan jiwa raganya semata-mata demi
mempertahankan negara.
Etos kepahlawanan menekankan nilai-nilai asas kewajipan, maruah dan integriti
yang merupakan moto UPNM di samping keberanian, berdikari, disiplin diri dan taat
setia. Kepada rakyat jelata dan negara Malaysia, ekspektasinya adalah lepasan
siswa-siswi UPNM pasti berupaya dan bersedia untuk berjuang mempertahan dan
menjaga kepentingan negara, tidak kira samaada mereka menyertai ATM, sektor awam
mahupun swasta.
Di samping membudayakan diri dengan kepimpinan kepahlawanan, siswa
dipertanggungjawabkan untuk mendisiplinkan diri sebagai
‘Leaders of Character’
. Sifat
kecemerlangan sentiasa menjadi matlamat. Oleh itu siswa wajar menangguhkan masa
untuk berwisata atau
`touring the university’
semasa menuntut di universiti ini sehinggalah
berjaya mencapai kecemerlangan.
Ingin saya nyatakan bahawa kerajaan Malaysia terutama Kementerian Pertahanan
dan Pengajian Tinggi membelanjakan wang rakyat bagi membiayai pendidikan dan
latihan siswa kadet dan awam UPNM. Purata antara Ringgit Malaysia 100 hingga 150 ribu
dibelanjakan bagi menaja seorang siswa kadet setahun dan antara Ringgit Malaysia
300 hingga 600 ribu bagi menaja keseluruhan pengajian. Ini adalah bukti kesungguhan
kerajaan dalam menjana bakal pemimpin masa depan yang
versatile
dalam dunia
pertahanan dan pelbagai sektor negara.
Sesungguhnya saya begitu bangga dan berasa teristimewa kerana didampingi oleh
begitu ramai cendikiawan, cerdik pandai di dalam pelbagai bidang dan kepakaran.
Saya percaya dengan kredibiliti dimiliki ianya pasti mampu menyumbangkan pemikiran
dan tenaga untuk memacu UPNM ke arah kecemerlangan.
Kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi bukanlah hasil pemikiran dan tenaga
seseorang individu sahaja tetapi hasil dari sumbangan seluruh warga organisasi tersebut.
Dalam retrospeksi, saya percaya segala inisiatif dan aktiviti yang dijalankan secara
holistik sepanjang tahun 2010 merangkumi aspek akademik, ketenteraan dan
pengurusan telah menyumbang kepada pembangunan kapasiti UPNM. Meskipun
pelbagai cabaran telah dihadapi sepanjang tahun termasuk juga kekangan sumber
kewangan dan dinamika ekosistem universiti, UPNM telah meneruskan perjuangan
to push frontiers
dan sentiasa mengamalkan prinsip
Good Governance
demi menjayakan
amanah kerajaan secara khusus dan rakyat Malaysia secara amnya.
1...,15,16,17,18,19,20,21,22,23,24 26,27,28,29,30,31,32,33,34,35,...145
Powered by FlippingBook