L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
18
Laporan Naib Canselor
Setinggi-tinggi kesyukuran ke
hadrat Allah SWT kerana di atas
limpah dan kurnia-Nya Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia
telah
berjaya
menunaikan
amanah dan tanggungjawab
yang diberikan oleh kerajaan
dan masyarakat sepanjang tahun
2010.
Saya menanggung harapan
agar kecemerlangan sepanjang
tahun 2010 mampu merangsang
pembangunan
UPNM
ke
suatu tahap yang lebih tinggi
dalam dunia pertahanan dan
pendidikan negara. Apa yang
ingin saya salurkan dalam laporan
ini adalah perihal ‘Melestarikan
Sangga Intelek’ yang intisarinya
merangkumi perkara berikut:
Pertama:
Kepentingan menghayati dan
melaksanakan 4 tonggak utama
seperti yang disarankan oleh Y.A.B
Perdana Menteri.
Kedua:
Sangga kesinambungan dasar
sedia ada.
Ketiga:
Sangga aspek-aspek pengurusan
terutama perihal kepantasan
membuat
keputusan
serta
pelaksanaan kerja ke arah
pewujudan
‘Boutique University’.
Keempat:
Sangga mengoptimum potensi sumber manusia.
Kelima:
Sangga etos kepimpinan kepahlawanan.
L a p o r a n N a i b C a n s e l o r