Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 23

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
22
Laporan Naib Canselor
Siswa dan pensyarah merupakan pelanggan domestik yang diberi perhatian utama
disampingKementerianPengajianTinggidanKementerianPertahanansebagaipemegang
taruh utama atau
‘principal stakeholders’
. Oleh yang demikian penambahbaikan mutu
perkhidmatan mengambil kira tahap kepuasan pemegang taruh ini.
Di sini saya ingin menegaskan bahawa aspek ini diberi tumpuan mengikut keutamaan
yang sewajarnya oleh kumpulan pengurusan dan pemerintahan universiti. Bagi pelanggan
domestik keutamaannya adalah mahasiswa diikuti pensyarah dan seterusnya staf
pengurusan dan sokongan. Memastikan penyediaan persekitaran yang kondusif bagi
mengoptimumkan proses pembelajaran siswa-siswi adalah kualiti yang dituntut. Manakala
pensyarah-pensyarah pula menerima hak mengikut kelayakan mereka. Pelanggan luaran
pula atau
‘principal stakeholders’
diberi keutamaan yang seimbang dan segala usaha
dipacu ke arah menepati kepuasan hati
pelanggan ini. Semuanya dirancang
dengan teliti dengan mendokong visi,
misi dan wawasan universiti. Keperluan
mahasiswadan tenagaakademik sentiasa
dipertingkatkan oleh staf pengurusan dan
jawatan tertinggi universiti.
Di UPNM wujud
management guru
dan
juga sistem pengurusan yang terkini.
UPNM telah diakreditasikan dengan MS
ISO 9001: 2008 oleh LLYOD`S Register
Quality Assurance, di bawah piawaian
UKAS Quality Management. Hakikat
ini melambangkan kualiti dan prestasi
pengurusan UPNM setanding dengan
akreditasi dan penanda aras yang telah
dianugerahkan.
Berteraskan pengiktirafan ini, kepantasan
kerja dan kredibiliti membuat keputusan
tidakbolehdipersoalkan.Akreditasi ini juga
menjamin bahawa tidak akan berlaku
kelewatan atau kesilapan atas sebab-
sebab karenah birokrasi pengurusan
kerana telah wujud piawaian kualiti,
proses dan prosedur-prosedur yang telah
diperakukan.
Menyentuh hal pengurusan domestik, amalan pecah kecil dalam urusan pengurusan
kontrak telah UPNM hindarkan selain dari mengawal perbelanjaan secara berhemah.
UPNM semakin matang dan kini mengamalkan pembelian berbaloi dengan wang
dibelanjakan dan juga memastikan perolehan berulang atau bertindih tidak berlaku.
Selain hal pengurusan domestik melibatkan aspek kewangan, selaras dengan matlamat
untuk menjadikan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sebagai sebuah
‘Boutique
University’
dan
‘Leading defence university in the region’
langkah telah dimulakan dengan
memantapkan aspek-aspek pengurusan modal insan, material dan logistik. Penerapan
keunggulan dan professionalisme semakin giat diusahakan bagi mewujudkan suatu
penanda aras
‘boutique’
dalam bidang kepemimpinan agar dikenali sebagai
‘Center of
Leadership Excellence’
dan ‘Leading defence university in the region’.
1...,13,14,15,16,17,18,19,20,21,22 24,25,26,27,28,29,30,31,32,33,...145
Powered by FlippingBook