Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 21

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
20
Laporan Naib Canselor
Penubuhan dan kewujudan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sebenarnya
hasil dari aspirasi dan visi Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak dalam menjana kepintaran pertahanan, kepimpinan dan pendidikan
pertahanan selainmelahirkanpemimpinyangmampudipasarkanuntukkeperluan
pelbagai sektor negara. Semestinya ia merupakan satu agenda negara yang
perlu didukung bersama oleh seluruh warga UPNM.
KESINAMBUNGAN DASAR-DASAR SEDIA ADA
Kewajipan, Maruah, Integriti merupakan etos keramat kepimpinan keperwiraan
yang diperkasa dan dibudayakan di UPNM. Dengan penuh bangga moto
universiti ini digunakan sebagai paparan imej dan identiti oleh semua warga
UPNM sama ada siswa, graduan, pensyarah-pensyarah, penyelidik-penyelidik,
staf-staf pengurusan dan pentadbiran serta penyandang jawatan utama
universiti ini mahupun diri saya sendiri. Hasilnya reputasi UPNM semakin mendapat
tempat dalam kalangan masyarakat sebagai sebuah institusi elit yang melahirkan
pegawai profesional dan pemimpin bagi keperluan Angkatan Tentera Malaysia
dan pelbagai sektor lain dalam negara sama ada perkhidmatan awammahupun
swasta.
1...,11,12,13,14,15,16,17,18,19,20 22,23,24,25,26,27,28,29,30,31,...145
Powered by FlippingBook