Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 24

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
23
Laporan Naib Canselor
Usaha ini juga selaras dengan kegiatan pengantarabangsaan UPNM melalui kerjasama
dengan organisasi dan entiti luar negara melalui Memorandum Persefahaman. Sebagai
langkah memacu kegiatan pengantarabangsaan, universiti ini akan mengambil siswa-
siswi antarabangsa dari negara-negara serantau dan bukan serantau pada tahun
mendatang.
MENGOPTIMUM POTENSI SUMBER TENAGA MANUSIA
Kajian Profesor Howard Gardner dari Harvard School of Education, Harvard University,
menampilkan bahawa semua manusia memiliki kepelbagaian kepintaran (numerous
autonomous intelligence) tidak hanya terhad kepada satu kecerdikan sahaja (a single
intelligence). Berdasarkan teori ini saya yakin dan percaya produk UPNM menguasai
kecemerlangan akademik dan kepimpinan di samping menguasai ilmu ketenteraan .
Sesungguhnya
sifat-sifat
seorang
pemimpin tidak hanya dijuruskan kepada
aspek mental sahaja bahkan meliputi
aspek fizikal dan spiritual. Pelbagai
usaha secara holistik telah dilaksanakan
agar graduan lepasan UPNM memiliki
kecemerlangan akademik dan unggul
dalam aspek kepimpinan meliputi fizikal,
sosial, sukan, spiritual dan keagamaan.
Usaha ke arah pencapaian ini tidak
akan berhasil jika tidak wujud komitmen
menyeluruh
dari
para
akademik,
pentadbir dan pengurusan universiti
yang turut menerapkan pendekatan
seimbang sebagai mentor sertamengikuti
perkembangan siswa secara terperinci
dan peribadi.
ETOS KEPIMPINAN KEPAHLAWANAN
Malaysia sebagai sebuah negara yang
merdeka dan berdaulat memerlukan
sistem pertahanan moden, profesional
dan
gagah
demi
memastikan
keselamatan
dan
keamanannya
terjamin. Dalam menjamin keamanan ini
Angkatan Tentera Malaysia dan organ-
organ dukungannya diperlukan untuk
menangani ancaman, pencemaran
keamanan, keganasan atau dalam kata lain menangani konflik dan berperang.
Dalam situasi ini, beban tugas tidak hanya didukung oleh ATM malah seluruh negara
akan turut terlibat. Hakikatnya, ia memerlukan komitmen menyeluruh dari semua rakyat
Malaysia yang akan terlibat sama sepertimana terkandung di dalam konsep hanruh atau
pertahanan menyeluruh.
UPNM yang berperanan sebagai ‘tangki pemikir kepada kerajaan’ memikul tugas
melahirkan pemimpin dalam bidang pertahanan dan pelbagai sektor lain untuk
memperkukuh kekuatan pertahanan negara dari segenap aspek. Pemimpin yang
UPNM lahirkan ini adalah pemimpin yang sanggup mengorbankan hak peribadinya
demi kepentingan negara. Untuk menghasilkan pemimpin sebegini, UPNM telah berjaya
mendidik dan memberi pendedahan secara holistik. Meskipun begitu usaha universiti
sahaja tidak memadai kerana seseorang insan itu perlu memiliki dan membudayakan
dirinya dengan kualiti kepimpinan yang mantap.
1...,14,15,16,17,18,19,20,21,22,23 25,26,27,28,29,30,31,32,33,34,...145
Powered by FlippingBook