L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
21
Laporan Naib Canselor
OlehyangdemikianperananUPNMdalammelahirkanpemimpinberintelektualmerupakan
antara teras utama KPI bagi universiti. Melalui semangat berpasukan UPNM akan terus
menerajui kecemerlangan dan melahirkan pemimpin berintelektual dan berkarekter
‘Intellectual Leaders of Character’.
Dalam Pelan Strategik 2009-2014 UPNM merumuskan
Creating A Future of Excellence
sebagai halatuju bagi memenuhi keperluan pemegang taruh Kementerian Pengajian
Tinggi melahirkan pelajar dan pemimpin cemerlang sepertimana dinyatakan dalam
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Sasaran KPT sememangnya sejajar dengan
keperluan ATM yangmengkehendaki bakal pemimpin berkarekter dan berintelektual bagi
memperkukuhkan kesinambungan pertahanan negara. Dalam perspektif ini
‘Excellence’
ataupun kecemerlangan merupakan penanda aras dan ukuran prestasi universiti ini.
Perhatian kepada keperluanbagi mencapai ukuranprestasi sentiasadiberikanpenekanan
kerana prestasi universiti sentiasa dinilai kerajaan dan pemegang taruh malah agensi-
agensi penilai seperti Pejabat PMO KPT dan MQA dalammengukur tahap kecemerlangan
dan kejayaan di samping relevansi program akademik yang ditawarkan.
Walaupun Universiti Pertahanan Nasional Malaysia masih muda usianya, tenaga pakar
sama ada dari bidang ketenteraan atau awam adalah terdiri daripada insan-insan elit
yang berpengalaman dan bermotivasi tinggi. Pakar dalam lapangan tersendiri dengan
kredibiliti dan keistimewaan dimiliki, tenagaakademik UPNM telahmenerima kepercayaan
penuh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan untuk menghasilkan
graduan pemimpin intelek masa depan negara.
Kombinasi akademia awam dan tentera serta pengajian akademik yang disulami latihan
ketenteraan merupakan satu keunikan yang tidak terdapat di mana-mana menara
gading lain dalam negara kecuali di UPNM. Dalam perspektif ini, saya yakin dan optimis
dengan kekuatan barisan elit yang ada UPNM berpotensi menempa keunggulan di
peringkat negara mahupun antarabangsa.
ASPEK-ASPEK PENGURUSAN TERUTAMA PERIHAL KEPANTASAN MEMBUAT KEPUTUSAN
SERTA PELAKSANAAN KERJA
Sangga aspek-aspek pengurusan merangkumi perihal kepantasan membuat keputusan
serta pelaksanaan kerja ke arah pewujudan
‘Boutique University’
. Aspek pengurusan yang
ditampilkan adalah mengenai kepantasan membuat keputusan yang betul di dalam
situasi kritikal dan pelaksanaan kerja yang terancang dan terkordinasi. Ianya selaras
dengan wadah dan saranan Y.A.B Perdana Menteri yang mahukan penjawat awam
mengamalkan sifat-sifat seperti berikut:
Pertama:
‘Excellence should be practiced at all time’
sepertimana sifat kiasu (fear of losing).
Kedua:
Meletakkan bakal graduan ATM sebagai yang terbaik dalam setiap bidang agar
kata-kata:
‘1st Class Forces With 3rd Class Mentality’
dihindarkan.
Ketiga:
Memastikan bakal graduan berkualiti menjawat jawatan pemimpin ATM manakala di
sektor awam dan swasta mereka merupakan pemimpin elit di dalam kelasnya.
Keempat:
Memartabatkan dan meletakkan bakal graduan UPNM di landasan yang kukuh setaraf
dengan pemimpin angkatan tentera, penjawat awam dan swasta serta negara-negara
maju seperti Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, Jepun dan Perancis.