L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
19
Laporan Naib Canselor
KEPENTINGAN MENGHAYATI DAN MELAKSANAKAN 4 TONGGAK (4 PILLARS) UTAMA YANG
DISARANKAN OLEH Y.A.B PERDANA MENTERI
Empat tonggak utama yang telah disarankan oleh Y.A.B Perdana Menteri adalah seperti
berikut:
Pertama:
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Kedua:
Program transformasi kerajaan ke arah efisiensi, keberkesanan dan etika kerja yang baik.
Ketiga:
Model Baru Ekonomi.
Keempat:
Mengamalkan langkah-langkah penjimatan seiring dengan perkembangan ekonomi.
Kempat-empat tonggak ini mempunyai erti yang tersendiri dan telah ditransformasikan
sebagai dasar di peringkat UPNM dan sedang dilaksanakan sebaik mungkin melalui
penataran yang komprehensif dan langkah-langkah positif telah direncana bagi
mengimplimentasikan hasrat Y.A.B Perdana Menteri.
Antara usaha yang dilakukan dalam menyokong hasrat tersebut adalah melalui
pelancaran Program 1 UPNM. Digarap dengan sempurna melalui kesepakatan warga
UPNM
‘One Culture, One Vision’
merupakan moto bagi memastikan penataran budaya
membawa kepada perkongsian visi yang sama seluruh warga UPNM.