Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 116

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
115
g) Sistem Pengurusan Konvokesyen Graduan
Sistem Pengurusan Graduan ini telah digunapakai semasa Hari Konvokesyen pada
bulan Oktober 2010. Sistem ini adalah untuk mengendalikan pengurusan perarakan
para graduan UPNM di atas pentas Diraja.
h) E-Recruitment
Sistem e-Recuirement atau Sistem Permohonan Jawatan Secara online adalah
sistem bagi pemohon yang ingin memohon jawatan yang diiklankan dalam laman
web Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Dengan adanya sistem permohonan
jawatan secara talian ini, pemohon dapat mengisi maklumat tentang latar belakang,
taraf pendidikan dan pengalaman bekerja mereka mengikut format yang telah
ditetapkan dalam sistem ini oleh universiti.
i) Sistem myProfile
Merupakan sebuah sistem yang membolehkan staf UPNM menyemak dan
mengemaskini maklumat peribadi masing-masing.
j) Prestasi Online
Sebuah sistem yang membolehkan PTj dan Fakulti merekod maklumat Laporan
Penilaian Prestasi Tahunan staf masing-masing.
k) E-direktori
Merupakan sebuah laman direktori telefon yang dibangunkan secara dalam talian.
Sistem ini membolehkan maklumat telefon dan jabatan staf dipaparkan berdasarkan
carian pengguna.
l) E-Aduan
Sistem e-Aduan merupakan satu daripada saluran yang membolehkan pelanggan
UPNM mengemukakan pelbagai cadangan/aduan ataupun maklumbalas untuk
memperbaik dan menambahbaik sistem pentadbiran, akademik, kewangan dan
hal-hal berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan kualiti di UPNM.
m) E-Klinik
Membangunkan sistem klinik untuk kegunaan Pusat Perubatan UPNM. Membolehkan
sistem yang dibangunkan memenuhi kehendak Pusat Perubatan UPNM.
Perkhidmatan mySMS yang telah dilaksanakan di UPNM:
1) SMS DOD (Documentation on Demand) - Perkhidmatan untuk mendapatkan Borang
Perjawatan Akademik dan Bukan Akademik. Pengguna perlu menghantar SMS untuk
mendapatkan borang-borang tersebut terus ke emel mereka.
2) SMS IOD (Information On Demand) - Perkhidmatan untuk mendapatkan Info
Pengguna perlu menghantar SMS untuk mendapatkan alamat UPNM.
3) SMS E-Hubung - Perkhidmatan untuk mendapatkan keputusan peperiksaan
semester.
4) SMS Broadcast - Perkhidmatan untuk panggilan temuduga calon-calon Pegawai
Kadet UPNM
Pembangunan Sumber
Maklumat
1...,106,107,108,109,110,111,112,113,114,115 117,118,119,120,121,122,123,124,125,126,...145
Powered by FlippingBook