Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 111

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
110
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
Dalam usaha menjadikan UPNM sebagai sebuah universiti e-kampus, Pusat Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (PTMK) memainkan peranan yang aktif dalam menyediakan
persekitaran perkhidmatan ICT yang terkini selaras dengan visi dan misi UPNM. Sepanjang
tahun 2010, PTMK telah memberikan tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf prasarana
rangkaian, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselamatan ICT.
Sistem Rangkaian UPNM
PTMK menyediakan dua jenis teknologi rangkaian bagi kemudahan warga kampus UPNM
iaitu rangkaian berwayar dan tanpa wayar. Hampir semua bangunan-bangunan lama
dan baru di dalam kampus telah dihubungkan kepada rangkaian UPNMNet.
Begitu juga dengan perkhidmatan tanpa wayar, walaupun liputannya masih belum
seratus-peratus namun PTMK telah merancang untuk meningkatkan liputan ke seluruh
kampus dalam projek RMK-10.
P e m b a n g u n a n S u m b e r M a k l u m a t
Pembangunan Sumber Maklumat
Jadual 1: Kawasan liputan rangkaian UPNM.Net
Rangkaian
Kawasan
Rangkaian Berwayar (wired network)
Rangkaian Tanpa Wayar (wireless network)
Keseluruhan kawasan pentadbiran UPNM,
Makmal Komputer, Pusat Kesihatan, Bilik
Pensyarah, Perpustakaan dan asrama pelajar.
Kawasan Baru:
Bangunan Perpustakaan, Bangunan PTMK,
Asrama Satria dan Perwira.
Bangunan Canselori, Bangunan Bestari,
Bangunan Kejuruteraan Awam, Bangunan
Kejuruteraan Mekanikal-Elektrikal, Wisma
Pegawai Kadet, asrama pelajar dan Dewan
Pendekar.
1...,101,102,103,104,105,106,107,108,109,110 112,113,114,115,116,117,118,119,120,121,...145
Powered by FlippingBook