Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 113

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
112
• Pengurusan Berita
• Tugas Pengurusan
• Penilaian Pengurusan
• Pengurusan Pengguna
Sistem Maklumat Bersepadu UPNM
UPNM dan UUM telah mengadakan kerjasama dan perkongsian pintar bermula Mei 2008
dalam usaha membangun dan menyediakan Sistem Maklumat Bersepadu (SMB) UPNM
yang terdiri dari Sistem Akademik Pelajar (SAP), SistemMaklumat Personel (SMP) dan Portal
Universiti. Kontrak penyelenggaraan SMB yang baru telah diperbaharui bermula Julai 2010
sehingga Jun 2012.
a) Sistem Maklumat Personel
SistemMaklumatPersonelatauSMPmerupakansebuahsistemyangbertanggungjawab
sepenuhnya dalam merekod dan memproses data-data berkaitan hal ehwal
Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Selain daripada menjamin
keberkesanan penyimpanan dan penyebaran maklumat secara cepat, tepat dan
berkesan, ia juga dapat mengurangkan kerja-kerja remeh seperti menaip, mencari
fail, mengira dan sebagainya.
b) Sistem Akademik Pelajar
Sistem Akademik Pelajar dibangunkan bagi membantu mengurangkan beban
kerja pengguna di samping menjamin kelicinan sesuatu proses kerja di Bahagian
Pengurusan Akademik (BPA) dan fakulti. Selain daripada menjamin keberkesanan
penyimpanan dan penyebaran maklumat secara cepat, tepat dan berkesan, ia
juga dapat mengurangkan kerja-kerja remeh seperti menaip, mencari fail, mengira
dan sebagainya. Modul-modul utama yang terkandung dalam sistem ini iaitu:
• Pendaftaran Kursus Pelajar
• Jadual Waktu Kuliah
• Jadual Waktu Peperiksaan
• Kemasukan Markah On-line oleh Pensyarah (Portal)
• Peperiksaan
• Pengijazahan
• Pemilihan dan Saringan Asasi ke Tahun 1
c) Sistem e-Kedatangan (e-Attendance)
Sistem e-Kedatangan UPNM (e-attendance) adalah sistem komputer yang
berfungsi merekodkan kehadiran kakitangan ke tempat kerja. Sistem e-Kedatangan
dibangunkan untuk menggantikan kaedah merekod kehadiran secara manual
seperti punch card.
Tujuan pembangunan Sistem e-Kedatangan ini adalah untuk membolehkan pihak
pengurusan UPNM memantau kehadiran semua kakitangan ke pejabat tanpa
mengira di mana lokasi mereka dengan cepat dan mudah.
Sistem e-Kedatangan juga membolehkan pihak pengurusan di peringkat Pusat
Tanggungjawab (PTj) serta Pengurusan Tertinggi UPNM memantau kehadiran
Pembangunan Sumber Maklumat
1...,103,104,105,106,107,108,109,110,111,112 114,115,116,117,118,119,120,121,122,123,...145
Powered by FlippingBook