Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 112

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
111
Pembekalan Komputer Peribadi dan Komputer Riba
Bagi tahun 2010, sebanyak 60 buah komputer peribadi telah dibeli bagi kegunaan
kakitangan pengurusan dan sokongan. Manakala sebanyak 50 buah komputer riba
telah dibeli untuk dibekalkan kepada kakitangan akademik bagi tujuan pengajaran,
pembelajaran dan penyelidikan.
Setiap tahun dijangkakan terdapat penambahan kakitangan pengurusan dan sokongan
mahupun kakitangan akademik ke UPNM. Sehubungan dengan itu, bagi menampung
keperluan komputer peribadi dan komputer riba ke kakitangan baru yang semakin
meningkat, PTMK sentiasa merancang pembelian baru komputer peribadi dan komputer
riba dari tahun ke tahun.
Menaik taraf Prasarana dan Keselamatan Rangkaian
Sepanjang tahun 2010, pelbagai projek telah dilaksanakan bagi meningkatkan mutu
perkhidmatan. Aspek-aspek keselamatan rangkaian UPNMNet juga diambilkira bagi
melindungi pengguna dan data universiti. Antara projek yang telah dilaksanakan adalah
seperti berikut:
• Menaiktaraf emel Zimbra versi 4.5.5 ke 6.0.6
• Pembelian WatchGuard Extensible Content Security sebagai filter bagi emel UPNM
• Menaiktaraf RAM server-server UPNM (emel, laman web, MyCampus)
• Pembelian tambahan server-server UPNM
Meningkat Prasarana Bagi Tujuan Pengajaran dan Pembelajaran
PTMK juga telah membuat beberapa perolehan dan penyelenggaraan prasarana ICT di
bilik-bilik kuliah seperti pembelian projektor, skrin layar serta penyelenggaraan prasarana-
prasarana sedia ada. Ini bertujuan untuk mempertingkat dan menambahbaik prasarana
ICT sedia ada dalammelancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di UPNM secara
amnya.
E-Learning
E-Learning UPNM merupakan Sistem Pengurusan Pembelajaran yang direka untuk
memudahkan proses belajar yang berkesan di antara ahli organisasi serta individu yang
berminat atau kumpulan dari luar. Dengan sistem ini, pemilik portfolio boleh memberikan
online pengajaran dan latihan di seluruh organisasi dengan kelajuan dan kecerdasan
dengan kos yang sangat minimum. Di antara ciri-ciri yang terdapat pada portal
E-Learning UPNM adalah:
• Pengurusan Pengumuman
• Nota Pengurusan
• Pengurusan Dokumen
• Forum Pengurusan
• Belajar Pengurusan Track
• Pengurusan Link Multimedia *
Content Management
• Rujukan Buku Pengurusan
Pembangunan Sumber
Maklumat
1...,102,103,104,105,106,107,108,109,110,111 113,114,115,116,117,118,119,120,121,122,...145
Powered by FlippingBook