Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 105

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
104
Hubungan Industri dan Korporat
Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa bertanggungjawab
dalam mengurus dan mengenal pasti isu-isu berkaitan hubungan industri dan hal ehwal
korporat. Agendanya merangkumi pembangunan hubungan dan kerjasama strategik
seperti pembangunan penyelidikan dan pembangunan (R & D), pengkomersialan,
teknologi dan industri pertahanan. UPNM sejak empat (4) tahun penubuhannya, telah
bergerak pantas ke arah meningkatkan imej dan prestasinya serta berjaya mewujudkan
‘strategic partnerships’ dengan institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara
bagi mewujudkan program-program baru. Pada tahun 2009, UPNM telah menjalinkan
hubungan kerjasama dengan 13 buah badan dan institusi dalam dan luar negara yang
merangkumi kerjasama akademik dan industri yang mana bidang kajiannya sedang
dijalankan di fakulti-fakulti dan pusat-pusat yang berkaitan. Kerjasama strategik ini
telah diteruskan pada tahun 2010 dengan menandatangani beberapa Memorandum
Persefahaman bagi menyokong agenda yang ditetapkan dalam Pelan Strategik
terlaksana dengan jayanya.
Impakdaripadakerjasamastrategikdenganbadandan institusi dalamdan luar negara telah
memberi kepercayaan kepada lebih banyak badan dan institusi untuk terus mewujudkan
kerjasama dalambidang ini seterusnyameningkatkan hubungan kerjasama dengan industri
pertahanan negara bagi maksud penyelidikan dan pembangunan (R & D).
H u b u n g a n I n d u s t r i d a n K o p o r a t
1...,95,96,97,98,99,100,101,102,103,104 106,107,108,109,110,111,112,113,114,115,...145
Powered by FlippingBook