Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 114

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
113
kakitangan secara masa nyata (real-time) melalui Internet.
Sistem e-Kedatangan yang digunakan sekarang adalah hasil daripada maklum
balas pengguna yang terdiri daripada pihak Pengurusan Tertinggi, Pengurusan PTj,
pensyarah dan kakitangan sokongan.
d) Sistem Portal Universiti (MyCampus)
Dalambidang ICT, Portal Webmerupakangerbang kepadacapaianpelbagai sumber
maklumat di Internet. Portal Web biasanya menawarkan kemudahan atau aplikasi
yang khusus kepada sesebuah komuniti. Portal Web Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia (UPNM) telah dibangunkan bagi memudahkan komuniti UPNM mencapai
maklumat yang berkaitan dengan komuniti serta mendapatkan informasi berkenaan
dengan universiti. Aplikasi-aplikasi yang disediakan di dalam Portal Web ini mampu
mewujudkan satu komuniti yang berteraskan kepada teknologi maklumat.
Aplikasi Portal yang disediakan khusus untuk kemudahan kakitangan dan pelajar.
Ia merangkumi semakan profil kakitangan, permohonan cuti rehat, semakan buku
perkhidmatan, aplikasi kemasukan markah, semakan profil pelajar, takwim/kalendar
akademik dan lain-lain lagi.
Sistem Aplikasi Yang Telah Dibangunkan
Berikut adalah beberapa sistem aplikasi telah dibangunkan pada tahun 2010 oleh Unit
Aplikasi Akademik dan Unit Aplikasi Staf untuk digunakan dan dicapai oleh pengguna
sistem, khususnya para warga kampus. Antaranya adalah:
a) Sistem Temuduga Pengambilan Pegawai Kadet
Sistem Temuduga semasa Hari Pendaftaran dan Temuduga bakal Pegawai Kadet.
b) Sistem Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru
Sistem Pendaftaran Pelajar digunakan oleh pihak Bahagian Pengurusan Akademik
pada Hari Pendaftaran Pelajar Baru dan Pendaftaran Pegawai Kadet yang mengikuti
Program Tunas Wira.
c) Perkhidmatan mySMS UPNM
Gerbang SMS Kerajaan mySMS adalah satu usaha yang membolehkan pelajar atau
orang ramai mendapatkan perkhidmatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor SMS iaitu 15888.
Pembangunan Sumber
Maklumat
1...,104,105,106,107,108,109,110,111,112,113 115,116,117,118,119,120,121,122,123,124,...145
Powered by FlippingBook