Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 125

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
124
Jaminan Kualiti
MS ISO 9001: 2008
Pensijilan Baharu MS ISO: 2008 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Hasil daripada Audit Pengawasan 2 (SV2) dan Audit Pembaharuan Sijil (CTA) MS ISO 9001:
2008 pada 4 Mei 2010, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah berjaya
menerima pensijilan MS ISO 9001:2008 di atas komitmen berterusan dalam memberikan
perkhidmatan berkualiti kepada warganya.
Teras pensijilan MS ISO 9001:2008 ini adalah berasaskan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)
dengan 2 skop utama iaitu Pengajian Akademik (Sarjana Muda) dan Latihan Ketenteraan
Umum. Pensijilan MS ISO 9001:2008 adalah tanda aras yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa yang diberikan oleh International Organization for Standardization (ISO)
yangmenetapkan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti berfokuskan keupayaan organisasi
dalam memenuhi dan menambah baik kepuasan pelanggan dan standard kualiti.
Pensijilan ini telah dianugerahkan oleh pihak auditor ketiga iaitu Lloyd’s Register Quality
Assurance.
Pengurusan Atasan UPNM hendaklah memastikan Dasar Kualiti adalah sentiasa:
a. Bersesuaian dengan hala tuju
Pengurusan UPNM.
b. Difahami dan dihayati oleh
semua warga UPNM.
c. Dibincangkan
dan
dikaji
semula dalam Mesyuarat
Kajian Semula Pengurusan
(MKSP) untuk memastikan
kepuasan pelanggan tercapai
secara berterusan.
J a m i n a n K u a l i t i
DASAR KUALITI
“UPNM komited terhadap Pengendalian Pengajian Akademik
dan Latihan Ketenteraan Umum dilaksanakan dengan
sistematik, cekap dan berkesan. UPNM hendaklah memastikan
keperluan pelanggan dipenuhi serta penambahbaikan yang
berterusan dilaksanakan berasaskan Piawaian MS ISO 9001”.
1...,115,116,117,118,119,120,121,122,123,124 126,127,128,129,130,131,132,133,134,135,...145
Powered by FlippingBook