Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 126

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
125
d. Melaksanakan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan SPK secara
berterusan sejajar dengan keperluan semasa SPK MS ISO 9001.
Piagam Pelanggan
UPNM komited untuk memberi Kepuasan Pelanggan seperti berikut:
a) Maklumat Program
Bakal pelanggan menerima maklumat tentang Pengajian Akademik dan LKU sebelum
semester bermula.
b) Pembelajaran, Latihan dan Khidmat Nasihat
Suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif. ProgramAkademik memenuhi
beban kredit seperti yang diluluskan oleh Senat UPNM dan LKU dilaksanakan mengikut
prosedur rancangan yang disediakan dengan khidmat nasihat akademik dan
ketenteraan oleh Penasihat Akademik dan Kaunselor yang berkelayakan.
c) Keselamatan dan Kerahsiaan
Maklumat peribadi pelanggan, maklumat akademik dan latihan ketenteraan akan
diuruskan dengan selamat berdasarkan kaedah Persuratan Tentera dalam Panduan
Peraturan Staf Angkatan Tentera (T100).
d) Penganugerahan dan Pentauliahan
Pelanggan Operasi yang telah memenuhi syarat lulus program akademik dan
disahkan oleh Senat UPNM boleh dianugerahkan ijazah sarjana muda dalam bidang
yang didaftarkan. Pelanggan yang telah dianugerahkan ijazah sarjana muda dan
lulus semua latihan ketenteraan layak ditauliahkan sebagai Pegawai Muda ATM.
Tarikh kuat kuasa pentauliahan ialah pada tarikh terakhir pengesahan keputusan
peperiksaan akhir oleh Senat UPNM atau pengesahan keputusan mata pelajaran LKU
oleh Lembaga No. 3 ATM.
e) Aduan Pelanggan
Jaminan Kualiti
1...,116,117,118,119,120,121,122,123,124,125 127,128,129,130,131,132,133,134,135,136,...145
Powered by FlippingBook