Page 98 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 98

Ketenteraan

                      hingga 6 Mac 2022 iaitu selama dua (2) minggu. Walaubagaimanapun, tiada pelaksanaan
                      LKP bagi Pegawai Kadet Perkhidmatan Udara.

                   b.  Seramai 364 Pegawai Kadet telah mengikuti LKP Tahun 2023 yang melibatkan Pegawai
                      Kadet Pengambilan 2021 bagi LKP 2 dan Pegawai Kadet Pengambilan 2022 bagi LKP 1.
                      Penyata kekuatan Pegawai Kadet yang terlibat dengan LKP pada tahun 2023 adalah seperti
                      di Jadual 20:


                Jadual 20:          Penyata Kekuatan Pegawai Kadet yang Terlibat Dengan LKP Pada Tahun 2023


                                                             Perkhidmatan
               Siri           LKP                                                             Jumlah
                                                      Darat                 Laut

               (a)            (b)                      (c)                   (d)                (e)
                1.           LKP 1                     107                   40                 147
               2.            LKP 2                     161                   56                 217
                          Jumlah                       268                   96                364


                   c.  Latihan  Ketenteraan  Tahun  Akhir  (LKTA).  LKTA  merupakan  latihan  akhir  yang  perlu
                      dilaksanakan oleh semua Pegawai Kadet sebelum ditauliahkan sebagai Pegawai Angkatan
                      Tentera  Malaysia.  Latihan  ini  dilaksanakan  selama  enam  (6)  bulan  di  Pusat  Latihan
                      Perkhidmatan  masing-masing.  Pada  tahun  2023,  seramai  228  Pegawai  Kadet  telah
                      menghadiri LKTA bermula 1 November 2022 hingga 30 Apr 2023. Penyata Pegawai Kadet
                      yang menghadiri LKTA seperti di Jadual 21:


                Jadual 21:          Penyata Pegawai Kadet yang Menghadiri LKTA


                                                             Perkhidmatan
               Siri         Jantina                                                           Jumlah
                                                  Darat           Laut          Udara
               (a)            (b)                   (c)           (d)            (e)            (f)

                1.           Lelaki                128             38            36             202
               2.          Perempuan                8              8              10            26
                          Jumlah                   136             46            46             228


              8.   Pentauliahan Pegawai Kadet. Istiadat Pentauliahan Pegawai Kadet bagi tahun 2023 telah
                   dilaksanakan pada 22 Jul 2023 yang telah disempurnakan oleh KDYMM SPB YDPA Al-Sultan
                   Abdullah  Ri’ayatuddin  Al-Mustafa  Billah  Shah  Ibni  Al  Marhum  Sultan  Haji  Ahmad  Shah.
                   Istiadat ini melibatkan seramai 228 Pegawai Kadet ALK. Istiadat ini merupakan satu simbolik
                   kepada Pegawai Kadet yang telah berjaya menamatkan pengajian akademik di Universiti
                   Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan lulus latihan ketenteraan di Akademi Latihan
                   Ketenteraan dan Kolej-kolej Perkhidmatan yang dilaksanakan. Istiadat ini merangkumi 3
                   fasa utama iaitu:

                   a.  Fasa 1 - Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja di Padang Kawad ALK.
                   b.  Fasa 2 - Acara Sembah Kenal Pegawai Kadet di Wisma Perwira ALK.

                   c.  Fasa 3 - Istiadat Pengurniaan Watikah Tauliah di Dewan Tun Templer, ALK.



              98   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
                   Laporan Tahunan 2023
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103