Page 101 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 101
Ketenteraan
13. Infrastruktur Gunasama. Oleh kerana ALK tidak mempunyai kemudahan latihan
ketenteraan sendiri, latihan ketenteraan dijalankan dengan cara gunasama kemudahan
bersama UPNM. Kemudahan-kemudahan tersebut adalah seperti berikut:
a. Padang bola sepak, hoki dan ragbi.
b. Kolam renang.
c. Lapangsasar Elektronik. Lapangsasar 10 Meter Air Rifle dibawah kelolaan UPNM dan
penggunaan perlu mendapat kebenaran Pusat Sukan, UPNM.
d. Kawasan Latihan Medan. Latihan medan PK boleh dan pernah dilaksanakan di Kem
Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan yang dahulunya di bawah tanggungjawab MK 1 Bgd.
Sebarang aktiviti perlu dikoordinasi dengan UPNM.
e. Pondok Skuad. Terdapat 6 buah pondok skuad yang dibina bersebelahan dengan
gelanggang tenis UPNM. Fasiliti digunakan semasa kelas ketenteraan seperti LKU dan
LKP melibatkan PK seperti Kelas Senjata dan Kelas Ilmu Medan Perang (IMP) serta
sebarang Kelas Ketenteraan.
f. Ruang Kelas bagi Pelajaran Teori Subjek Ketenteraan. Kelas teori latihan ketenteraan
diadakan di Dewan Bestari, Dewan Pendekar, Dewan Lestari, DTT dan Auditorium ALK.
g. Survival Village. Kemudahan Survival Village dibangunkan bagi tujuan latihan medan
bagi PK. Antara latihan yang dilaksanakan adalah Ilmu Medan Perang (IMP), dan Ikhtiar
Hidup.
14. Infrastruktur Sukan UPNM. UPNM mempunyai kemudahan empat (4) buah gelanggang
tenis, dua (2) buah gelanggang futsal dan bola baling.
15. Bangunan Gimnasium ALK. Digunakan oleh staf dan PK untuk acara-acara sukan di ALK.
Antara kemudahan gelanggang yang terdapat di gimnasium adalah Futsal, Badminton, Bola
Jaring, Bola Baling, Sepak Takraw dan Ping Pong.
16. Gimnasium ALK. Kemudahan yang terdapat di ALK untuk digunakan oleh staf dan PK.
Penggunaan gimnasium adalah dibawah pemantauan oleh JL Jasmani ALK.
WISMA PEGAWAI KADET (WPK)
17. Keahlian. Semua PK adalah ahli Wisma Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan. Ahli
Jawatankuasa Wisma akan dilantik oleh ahli-ahli semasa Mesyuarat Agong Wisma. Satu (1)
Pegawai berpangkat Mejar setaraf dilantik sebagai Pengurus Wisma Pegawai Kadet bagi
memantau dan memberikan bimbingan kepada Pegawai Kadet dari aspek pengurusan
wisma.
Laporan Tahunan 2023 101
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia