Page 100 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 100

Ketenteraan

                   b.  Kesemua PK diwajibkan untuk menyertai latihan ini dan ia akan dinilai di setiap semester
                      pengajian  sehingga  PK  tamat  pengajian  di  UPNM.  Pada  tahun  2023,  seramai  1161
                      Pegawai Kadet telah lulus berdasarkan gred mengikut semester pengajian seperti di
                      Jadual 23:
                Jadual 23:         Senarai Pegawai Kadet yang telah Lulus Berdasarkan Gred Mengikut Semester Pengajian Pada Tahun 2023



               Siri        Pengambilan              Gred         Tali Pinggang            Jumlah

               (a)              (b)                  (c)              (d)                   (e)
                1.             2023                  9               Putih                 235
                2.             2022                   7             Kuning                  215

                3.             2021                   7             Kuning                 285
                4.             2020                  5                Biru                 346
                5.             2019                   2              Merah                  25

                                            JUMLAH                                         1106

              11.  Logistik.

                   a.  Penginapan  Pegawai  Kadet.  Penginapan  Pegawai  Kadet  pada  tahun  2023  adalah
                      seperti berikut:
                      (1)  PK Lelaki di Blok Penginapan Kasturi dan Blok Penginapan Bukit Putera.
                      (2)  PK Perempuan di Blok Penginapan Srikandi.
                      (3)  PK Perubatan Tahun 3 dan 4 di Blok Penginapan Saville, Wangsa Maju.

                      (4)  PK Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
                      (5)   PK Sarjana Penerbangan di Kolej Tentera Udara (KTU), Alor Setar.

                   b.  Skala Pakaian Pegawai Kadet. Sepanjang tahun 2020, terdapat 5 jenis pakaian Pegawai
                      Kadet mengikut skala yang telah ditetapkan. Pakaian tersebut adalah seperti berikut:

                      (1)  Pakaian  No  1  (Parade  Jacket).  Pakaian  ketika  upacara  Perbarisan  Pentauliahan
                          Diraja.

                      (2)  Pakaian No 3 (Darat, Laut dan Udara). Pakaian ketika waktu Kelas Akademik dan
                          Latihan Kawad.

                      (3)  Pakaian No 5 (Loreng). Pakaian ketika Latihan Ketenteraan dan Kelas Akademik
                          pada setiap hari Khamis.

                      (4)  Pakaian Sukan. Pakaian ketika menjalani aktiviti sukan.
                      (5)  Baju  Kebangsaan  Hitam.  Pakaian  ini  dipakai  ketika  tahlil  pada  malam  Jumaat
                          (Kompeni Bertugas/COD) dan majlis-majlis agama yang lain.
              12.  Pakaian Lain. Pakaian-pakaian lain yang dipakai oleh PK adalah seperti berikut:

                   a.  Pakaian Outing. Pakaian Planters bertali leher dipakai semasa PK keluar daripada kem.
                      Bagi PK Tahun Akhir (ZULU) akan memakai Planters berwarna bebas dan bertali leher.
                   b.  Blazer.  Pakaian  ini  akan  ditempah  apabila  PK  memulakan  pengajian  di  Universiti
                      Pertahanan Nasional Malaysia. Tempahan dibuat melalui Wisma PK dan dipakai atas
                      keperluan aktiviti PK.



                   Laporan Tahunan 2023
              100  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105