Page 95 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 95

Ketenteraan

                 4.   Pegawai Kadet. Dalam menyediakan Pegawai Kadet yang berilmu dan berketerampilan.
                     ALK telah dipertanggungjawabkan untuk melatih seramai 1,101 Pegawai Kadet dari setiap
                     jurusan yang ditawarkan di UPNM. Kesemua Pegawai Kadet ditempatkan di dalam lapan
                     (8) Kompeni bagi memudahkan sistem pemantauan dan pentadbiran. Penyata keseluruhan
                     Pegawai Kadet mengikut Perkhidmatan dan Kompeni adalah seperti di Jadual 17:

                   Jadual 17:           Penyata Keseluruhan Pegawai Kadet Mengikut Perkhidmatan dan Kompeni


                    Perkhidmatan/       Darat       Laut       Udara       THTC        Jumlah      Jumlah
                       Kompeni         L     P     L     P     L    P     L     P      L     P
                      Hang Tuah        48    6     17    1    20     4    5     0     90     11      101
                      Hang Jebat       49    8     17    2    18     1    6     0     90     11      101
                     Hang Kasturi      49    9     17    1    18     2     7    0     91     12      103
                      Hang Lekir       48    5     20    1    16     6    0     0     84     11      95
                      Hang Lekiu       49    6     17    2    19     3    0     0     85     11      96
                     Hang Nadim        48    9     16    4    17     2     1    0     81     15      97
                      Tun Perak        48    9     18    1    19     2    0     0     85     12      97
                       Tun Teja        49    6     16    2    20     3    0     0     85     11      96
                        LKTA           189   12    39    7    65     5    0     0     293    24      317
                      Proses MAT       5     0     0     0     0     0    0     0      5      0       5
                     Jumlah L & P     595    70   179    21   215   26    22    0     989    117    1106
                       JUMLAH            665         222        282          22               1106


                 5.   Sistem Pentadbiran Kompeni.

                     a.  Sistem Pentadbiran Kompeni. Dalam meningkatkan mutu pemantauan dan pentadbiran
                         pegawai  kadet,  sistem  Pentadbiran  Kompeni  telah  diperkenalkan  pada  penghujung
                         tahun 2017. Melalui sistem ini, Pegawai Kadet dari Tahun 1 hingga Tahun 5 diletakkan
                         bersama dalam satu (1) Kompeni yang dipertanggungjawabkan kepada seorang Ketua
                         Kompeni berpangkat Mejar Setaraf, seorang Pegawai berpangkat Kapt Setaraf dan lima
                         (5) orang Jurulatih berpangkat PW 2/SSjn/Sjn/ Setaraf. Secara amnya, Jurulatih kompeni
                         bertanggungjawab  memastikan  tahap  disiplin  Pegawai  Kadet  di  Kompeni  sentiasa
                         berada di tahap yang tinggi serta menentukan kebajikan Pegawai Kadet diurus dengan
                         baik.
                     b.  Sistem  Pemegang  Pangkat.  Sistem  Pemegang  Pangkat  Pegawai  Kadet  telah  lama
                         diwujudkan bagi membantu Jurulatih mengawal dan menyelia Pegawai Kadet di setiap
                         Kompeni. Pada tahun 2023, seramai 34 Pegawai Kadet telah dilantik sebagai Pegawai
                         Kadet Pemegang Pangkat.
                     c.  Sistem  Kawalan  Pegawai  Kadet.  Bagi  memudahkan  semua  pentadbiran  dibuat
                         secara  sistematik,  sistem  kawalan  melalui  Perintah  Bahagian  Pertama  (PERBAH  1)
                         Pegawai Kadet diwujudkan. PERBAH 1 Pegawai Kadet dikeluarkan secara bulanan oleh
                         Bahagian Latihan Ketenteraan (BLK) dan seterusnya akan diagihkan ke setiap Kompeni.
                         Pemantauan dan pelaksanaan arahan seterusnya dilaksanakan oleh Jurulatih Bertugas
                         (JLB) setiap Kompeni.









                                                                                         Laporan Tahunan 2023  95
                                                                                        Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100