Page 96 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 96
Ketenteraan
d. Kompeni Afiliasi. Setiap Kompeni dipertanggungjawab kepada setiap fakulti di UPNM.
Fakulti yang terlibat mengikut jurusan yang diambil oleh Pegawai Kadet. Kompeni Afiliasi
bertanggungjawab sebagai penghubung antara ALK dengan UPNM berkaitan semua
perkara yang melibatkan akademik. Pecahan Kompeni Afiliasi adalah seperti di Jadual 18:
e. Rutin Harian. Rutin harian Pegawai Kadet dibahagi kepada 2 iaitu waktu Akademik dan
Latihan Ketenteraan. Rutin harian adalah seperti berikut:
(1) Waktu Akademik. Waktu akademik bagi Pegawai Kadet adalah pada setiap hari
Isnin hingga Jumaat.
(2) Waktu Ketenteraan. Waktu ketenteraan bermula hari Jumaat petang (TTS)
hingga hari Ahad (LKU). Namun ianya bergantung kepada jadual yang dikeluarkan
oleh Bahagian Latihan Ketenteraan (BLK).
Jadual 18: Pecahan Kompeni Afiliasi
Siri Kompeni Fakulti
(a) (b) (c)
1. Kompeni Hang Tuah dan Hang Lekiu Fakulti Kejuruteraan
2. Kompeni Hang Jebat dan Hang Nadim Fakulti Sains Teknologi Pertahanan
3. Kompeni Hang Kasturi dan Tun Perak Fakulti Perubatan
4. Kompeni Hang Lekir dan Tun Teja Fakulti Pengurusan Pengajian
Pertahanan
f. Rutin Harian Pegawai Kadet. Rutin harian melibatkan PK telah dikaji semula dan
ditambahbaik berkuatkuasa Tahun 2022 bagi mengimbangi keperluan akademik dan
Latihan Ketenteraan melibatkan PK. Rutin harian PK adalah seperti disertakan di
Lampiran.
96 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Laporan Tahunan 2023