Page 222 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 222

LAPORAN KEWANGAN




                                            LAPORAN KEWANGAN 2023

                                            Pada tahun 2023, peruntukan asal yang telah diluluskan untuk
                                            UPNM bagi mengurus adalah sebanyak RM97,769,200 meliputi
                                            RM87,433,700  (89.4%)  untuk  emolumen  dan  RM10,335,500
                                            (10.6%) untuk bekalan dan perkhidmatan.
                                            Walaubagaimanapun,  UPNM  telah  diluluskan  peruntukan
                                            tambahan  sebanyak  RM12,000,000  dan  telah  menjadikan
                                            jumlah  keseluruhan  peruntukan  mengurus  UPNM  bagi  tahun
                                            2023 sebanyak RM109,769,200.

                                            UPNM  telah  membelanjakan  keseluruhan  peruntukan  yang
                                            diterima  pada  tahun  2023  berdasarkan  keperluan  operasi
                                            universiti.  Peruntukan  Mengurus  yang  tidak  mencukupi  telah
                                            ditampung oleh Kumpulan Wang Rizab Universiti.

                                            PENDAPATAN MENGURUS
                                            Pendapatan mengurus UPNM bagi tahun 2023 adalah sebanyak
                                            RM128,634,175.  Daripada  keseluruhan  pendapatan  tersebut,
                                            sebanyak  RM109,769,200  (85.3%)  merupakan  pemberian
                                            Kerajaan. Pendapatan yang dijana sendiri oleh UPNM adalah
                                            terdiri daripada yuran pengajian sebanyak RM13,047,931 (10.1%),
                                            Keuntungan  pelaburan  sebanyak  RM2,737,818  (2.1%)  dan
                                            pendapatan  lain-lain  sebanyak  RM3,079,225  (2.4%).  Rajah  1
                                            menunjukan pecahan pendapatan mengurus bagi tahun 2023.


                Rajah 1:            Pecahan Pendapatan Mengurus Bagi Tahun 2023



































              222  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
                   Laporan Tahunan 2023
   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227