Page 224 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 224
Laporan Kewangan
PERBELANJAAN MENGURUS
Perbelanjaan mengurus UPNM bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM144,949,475. Perbelanjaan
ini adalah terdiri daripada pembayaran emolumen sebanyak RM87,038,455 (60.1%), perkhidmatan
dan bekalan berjumlah RM50,335,912 (34.7%), susut nilai sebanyak RM3,089,575 (2.1%),
perbelanjaan lain berjumlah RM2,268,141 (1.6%) dan pemberian dan kenaan bayaran tetap
RM2,217,392 (1.5%). Rajah 3 menunjukan pecahan perbelanjaan bagi tahun 2023.
Rajah 3: Pecahan perbelanjaan mengurus bagi tahun 2023
Secara keseluruhan, terdapat peningkatan dalam jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus
bagi tahun 2023 berbanding tahun 2022. Peningkatan perbelanjaan ini adalah disebabkan oleh
kenaikan dalam perbelanjaan emolumen, pemberian dan kenaan bayaran tetap dan bayaran-
bayaran lain. Perincian dan perbandingan perbelanjaan mengurus bagi tahun 2023 dan 2022
dapat dilihat dalam Jadual 51 dan rajah 4.
Jadual 51: Perbelanjaan Mengurus
Butiran Tahun 2023 (RM) Tahun 2022 (RM)
Emolumen 87,038,455 81,731,898
Perkhidmatan & Bekalan 50,335,912 52,179,959
Susutnilai 3,089,575 3,502,216
Perbelanjaan lain 2,268,141 2,180,777
Pemberian & Kenaan Bayaran Tetap 2,217,392 1,608,394
Jumlah 144,949,475 141,203,244
224 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Laporan Tahunan 2023