Page 219 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 219
UPNM Prihatin
25 Ogos 2023 | Sambutan Meriah Warga UPNM Sertai Larian Sihat
Sempena Pre-Launching Sambutan Hari Pendaftar Universiti Awam Malaysia Tahun 2023,
Pejabat Pendaftar UPNM dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERINTIS) UPNM telah
berjaya menganjurkan Program Larian Sihat Warga Kampus.
Program yang disertai seramai 700 orang warga kampus dari pelbagai FPJB diadakan di Pavilion
UPNM bertujuan untuk mengamalkan gaya hidup sihat di samping merapatkan lagi hubungan
silaturrahim di kalangan pengurusan, pentadbir, staf dan para pelajar.
Larian sejauh 2.8 km mengelilingi lanksap UPNM telah dilepaskan oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts.
Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).
Terdahulu di dalam ucapan perasmian, beliau menyeru seluruh warga untuk terus aktif dalam
aktiviti riadah dan memastikan ianya pada kadar seimbang di antara tugas hakiki dan kesihatan
diri. Ujar beliau lagi, dengan jasmani yang sihat akan memberi kesan positif dalam menajamkan
minda serta konsentrasi, sekaligus meningkatkan kualiti hidup serta produktiviti kerja.
Larian sihat Warga Kampus turut menyediakan 150 medal pelari terawal sampai ke garisan
penamat bagi kategori lelaki, wanita dan pelajar. Sementara itu terdapat juga jualan food truck
disediakan di Bangunan Bestari.
Turut hadir sama dalam program adalah barisan kepimpinan Pengurusan Tertinggi UPNM.
Laporan Tahunan 2023 219
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia