Page 217 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 217
UPNM Prihatin
18 April 2023 | Sumbangan Corporate Social Responsibility
(CSR) di Taiping
Ibu tunggal iaitu Pn. Zety Norazieda binti Ismail menjaga lima (5)
orang anak istimewa dan tidak sihat. Beliau bergantung kepada
sumbangan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Anak pertama yang juga OKU berumur 14 tahun menjadi
pembantu pemandu lori semasa tidak bersekolah. Anak ke-3
beliau terpaksa menjalani pembedahan tempurung kepala
sebanyak lapan (8) kali serta terpaksa menggunakan saluran
tiub dalam badan akibat kanser otak tahap 3. Sumbangan
wang tunai dan barang keperluan dapur telah disampaikan
kepada beliau.
PROGRAM USAHA NIAGA STAF
Melalui inisiatif penjanaan pendapatan tambahan staf UPNM yang telah memasuki tahun ketiga
pelaksanaannya, Pejabat Pendaftar menyediakan platform perniagaan yang dibuka kepada staf
UPNM, ALK serta pelajar. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha untuk menyemarakkan budaya
keusahawanan dalam kalangan warga Universiti, sekaligus memberi peluang kepada mereka
untuk menjana pendapatan tambahan. Program Usaha Niaga ini dilaksanakan pada minggu
pembayaran gaji setiap bulan pada hari Jumaat.
Laporan Tahunan 2023 217
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia