Page 216 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 216
UPNM Prihatin
CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR)
14 Februari 2023 | Penyampaian Sumbangan Tabung Bantuan Gempa Bumi Turkiye &
Syria UPNM di Pejabat Perdana Menteri
Pada 14 Februari 2023 (Selasa), bertempat di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya telah diadakan
Majlis Sumbangan Dana Bencana bagi Bantuan Gempa Bumi Turkiye dan Syria.
Beberapa Agensi Kerajaan, dan syarikat Korporat telah tampil menghulurkan dana sumbangan
yang telah disampaikan kepada YB Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Luar Negeri dan
disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
UPNM dan UPNM Holdings Sdn Bhd menyerahkan sumbangan berjumlah RM7,000.00 yang
telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr Junaidah binti Kamarruddin, Penolong Naib Canselor
(Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat).
Atas sumbangan ini, YAB Perdana Menteri mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh
warga UPNM yang telah menyumbang kepada Dana Bencana ini.
8 Mac 2023 | Sumbangan Corporate Social Responsibility (CSR) di Seremban
En. Mat Izam telah diserang dengan angin ahmar hingga menyukarkan sedikit pergerakan harian.
Isteri beliau turut mengalami hilang ingatan akibat pendarahan otak semenjak 2019 serta tidak
mampu berdiri lama dan perlu dibantu untuk mengurus diri.
MPP UPNM bersama Pejabat Pendaftar telah mengambil inisiatif untuk membantu beliau.
Sumbangan wang tunai RM1,500 dan barang keperluan dapur telah disampaikan kepada beliau
pada 8 Mac 2023 yang lalu.
Laporan Tahunan 2023
216 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia