Page 226 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 226
Laporan Kewangan
ASET DAN TANGGUNGAN
Jumlah aset bukan semasa UPNM pada tahun 2023 adalah sebanyak RM176,948,080 berbanding
dengan RM187,255,275 pada tahun 2022. Ini merupakan penurunan sebanyak RM10,307,195
(5.5%). Ini disebabkan oleh tiada pertambahan yang ketara dalam pembelian hartanah, loji dan
peralatan dan aset tak ketara serta nilai buku aset telah mencapai pelunasan penuh.
Jumlah aset semasa UPNM pada tahun 2023 adalah sebanyak RM80,299,461 berbanding
dengan RM90,924,209 pada tahun 2022. Ini merupakan penurunan sebanyak RM10,624,748
(11.7%). Ini disebabkan oleh penurunan dalam tunai dan simpanan tetap sebanyak RM8.97juta
dan penghutang sebanyak RM1.65juta
Jumlah liabiliti bukan semasa UPNM adalah berjumlah RM4,971,286 pada tahun 2023 berbanding
dengan RM3,455,682 pada tahun 2022. Ianya mencatatkan peningkatan sebanyak RM1,515,604
(43.9%). Ini disebabkan oleh penambahan dalam peruntukan manfaat kakitangan.
Jumlah liabiliti semasa UPNM pada tahun 2023 adalah sebanyak RM55,862,625 berbanding
RM53,082,956 pada tahun 2022. Ini merupakan peningkatan sebanyak RM2,779,669 (5.2%). Ini
disebabkan oleh peningkatan pemiutang pembekal dan wang tahanan.
UPNM mempunyai aset bersih sebanyak RM196,413,630 pada tahun 2023 berbanding sebanyak
RM221,640,846 pada tahun 2022. Ini merupakan penurunan sebanyak RM25,227,216 (11.4%).
Perbandingan komposisi aset bagi tahun 2023 dan 2022 dapat dilihat seperti di dalam rajah 6.
Rajah 6: Perbandingan Komposisi Jumlah Aset bagi tahun 2023 dan 2022
Berdasarkan kepada rajah 6, nilai aset bukan semasa iaitu hartanah, loji dan peralatan dan aset
tak ketara adalah komposisi yang tertinggi di dalam jumlah aset UPNM dan diikuti dengan
simpanan tetap dan lain-lain. Ini adalah selari dengan hasrat Universiti untuk meningkatkan
prasarana kampus dan melengkapkan peralatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan
persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan di universiti.
PENUTUP
Secara keseluruhan, prestasi kewangan UPNM bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31
Disember 2023 berada dalam keadaan baik berasaskan kepada indikator kewangan yang
menunjukkan nilai Aset Bersih di dalam Penyata Kedudukan Kewangan.
Laporan Tahunan 2023
226 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia