Page 22 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 22

Laporan Naib Canselor

              STRATEGI DAN PROJEKSI MASA HADAPAN

              Berteraskan nilai-nilai murni yang dijunjung sebagai katalys ukhwah dan keterangkuman warga,
              UPNM bersedia melangkah ke hadapan dengan dipacu oleh aspirasi Kementerian Pendidikan
              Tinggi menerusi pengenalan dasar baharu dan dasar sedia ada. Barisan kepimpinan universiti
              juga terus meletakkan fokus teraju ke arah keunggulan institusi menerusi penetapan hala tuju
              yang lebih strategik, sekaligus meletakkan UPNM sebagai Universiti Awam bereputasi tinggi
              dalam arena pendidikan nasional dan antarabangsa Selain berkebolehan melahirkan pemimpin
              berintelektual  sebagai  ‘Key  Performance  Indicator’  utamanya,  UPNM  akan  sentiasa  komited
              dalam memastikan amanah negara ini dapat direalisasikan. Diformulasikan melalui penglibatan
              secara menyeluruh staf pentadbiran dan sokongan, kombinasi akademia awam dan tentera serta
              pengajian  akademik  yang  disulami  latihan  ketenteraan,  saya  amat  berkeyakinan  dan  optimis
              bahawa kekuatan barisan elit yang ada ini akan berpotensi menempa keunggulan. Barisan ini
              juga akan memberikan fokus dalam memastikan dasar yang telah digariskan oleh pemegang
              taruh iaitu Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia terlaksana.
              Menjunjung perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang  di-Pertuan
              Agong  Al-Sultan  Abdullah  Ri'ayatuddin  Al-Mustafa  Billah  Shah  Ibni  Almarhum  Sultan  Haji
              Ahmad  Shah  Al-Musta'in  Billah,  Tuanku  Canselor  UPNM  sebagai  sebuah  gedung  ilmu  dan
              sandaran  rakyat  dan  negara.  Semua  prinsip  utama  yang  mendasari  pelaksanaan  dari  aspek
              akademik, latihan ketenteraan, pembangunan pelajar dan perkhidmatan profesional universiti ini
              adalah bertujuan untuk merealisasikan amanah dalam melahirkan pemimpin berintelektual atau
              “Intellectual Leaders of Character” serta menjana sumber tenaga profesional demi memastikan
              kesinambungan kedaulatan negara pada tahun-tahun mendatang. Insya – Allah.

              Salam hormat.

              "KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI"














              LEFTENAN JENERAL DATUK MARDZUKI MUHAMMAD
              Naib Canselor
              Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
























                   Laporan Tahunan 2023
               22   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27