Page 18 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 18

LAPORAN
               NAIB CANSELOR




              PENGUKUHAN TRADISI KEINTEKTUALAN

              UPNM  ditubuhkan  dengan  keunikan  tersendiri,  dengan  arah
              tuju utamanya iaitu menjadi universiti pertahanan premier untuk
              pendidikan,  latihan  dan  penciptaan  ilmu.  Khusus  dalam  bidang
              pertahanan dan keselamatan sebagai bidang tujahannya (niche
              area),  UPNM  memegang  amanah  besar  untuk  menghasilkan
              graduan  berintelek  yang  akan  menjadi  pemimpin  masa  depan
              negara.  UPNM  amat  komited  dalam  menetapkan  fokus  dan
              matlamat  untuk  menjadi  sumber  rujukan  berautoriti  dalam
              bidang  pertahanan  dan  keselamatan.  Dengan  adanya  para
              cendekiawan  yang  memiliki  kepakaran  dalam  bidang  masing-
              masing, saya yakin bahawa UPNM memiliki potensi yang sangat
              besar  dalam  memperkembangkan  dan  memperkukuhkan  lagi
              bidang  tujahannya.  Ini  termasuklah  idea  menawarkan  program
              baharu  bagi  memperkukuhkan  bidang  tujahan  akademik
              universiti  ini.  Melahirkan  pemimpin  berintelektual  sebagai  ‘Key
              Performance Indicator’ utamanya, UPNM akan sentiasa komited
              dalam  memastikan  amanah  negara  ini  dapat  direalisasikan.
              Diformulasikan  melalui  penglibatan  secara  menyeluruh  staf
              pentadbiran dan sokongan, kombinasi akademia awam dan tentera
              serta pengajian akademik yang disulami latihan ketenteraan, saya
              amat  berkeyakinan  dan  optimis  bahawa  kekuatan  barisan  elit
              yang ada ini akan berpotensi menempa keunggulan. Barisan ini
              juga akan memberikan fokus dalam memastikan dasar yang telah
              digariskan  oleh  pemegang  taruh  iaitu  Kementerian  Pertahanan
              Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia terlaksana.
              Perjalanan tadbir urus yang ditonggak oleh barisan Ahli Lembaga
              Pengarah  Universiti  serta  Pengurusan  Tertinggi  Universiti  telah
              berhasil  meneruskan  kesinambungan  persekitaran  pentadbiran
              yang  cekap,  sistematik  dan  berpegang  teguh  kepada  prinsip
              good governance. Dengan dipacu oleh garapan idea kolektif yang
              diterjemahkan  kepada  perancangan  strategi  yang  jelas,  UPNM
              terus melangkah maju ke hadapan, terutamanya dalam membina
              upaya  universiti  untuk  mengharungi  dinamika  dunia  akademik
              dan  keilmuan.  Ia  dirangkumkan  di  setiap  peringkat  termasuk
              aspek kualiti governan dan tadbir urus, akademik, pembangunan
              intelek,  sahsiah  dan  kepimpinan  mahasiswa,  penyelidikan
              dan  inovasi,  pengurusan  kewangan,  hubungan  strategik,  dan
              pengantarabangsaan.

              Segala  yang  diusahakan  pastinya  demi  untuk  memastikan
              UPNM  berupaya  mendukung  hasrat  dan  memenuhi  ekspektasi
              pemegang taruh, masyarakat serta negara. Berhasil usaha gigih
              semua Fakulti/ Pusat/ Jabatan/ Bahagian, UPNM telah berjaya



               18   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
                   Laporan Tahunan 2023
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23