Page 20 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 20
Laporan Naib Canselor
Tidak kurang hebatnya dengan penyertaan 7 orang wakil MPP UPNM telah mewakili UPNM
dalam Parlimen Mahasiswa Kebangsaan 2023 di Parlimen Malaysia dan 3 orang perwakilan
telah dipilih untuk berbahas di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia.
Dengan mengambil kira senario pendidikan tinggi nasional dan global, UPNM sentiasa mengorak
langkah berani dan kekal berpegang teguh kepada asas penubuhan Universiti iaitu melahirkan
graduan berkualiti tinggi, dengan semangat patriotisme serta ketinggian jati diri sebagai anak
watan yang sanggup berkorban jiwa, raga demi agama, bangsa dan negara. Kurikulum pengajian
yang begitu unik menerusi gabungan aspek akademik kontemporari, disiplin, kepimpinan,
sahsiah serta kerohaniah terus menjadi citra identiti dan kekuatan tersendiri bagi UPNM. la
terangkum dalam aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pembentukan mahasiswa sebagai
seorang intelek holistik. Semua inisiatif tersebut telah terbukti hasilnya menerusi pencapaian
hebat para mahasiswa dan graduan yang telah menamatkan pengajian. Pencapaian UPNM
dalam Kebolehpasaran Graduan UPNM bagi tahun 2023 adalah yang tertinggi dengan 98.5%.
Pencapaian ini juga berjaya dikekalkan hasil daripada sokongan padu oleh Kementerian
Pendidikan Tinggi menerusi penyaluran dana yang berterusan. Dana yang disalurkan ini telah
dimanfaatkan secara optimum dan diyakini menjadi pemacu sinergi dalam mengekalkan
momentum keberhasilan kebolehpasaran Graduan UPNM.
Atlet mahasiswa pula melakar kegemilangan dalam arena sukan negara dengan meraih 1 Pingat
Emas menerusi acara Karate Kumite – Kategori Lelaki -84kg, 1 Pingat Perak menerusi acara
Karate Kata – Kategori Individu Wanita, 1 Pingat Perak menerusi acara Karate Kata – Kategori
Berpasukan Wanita dalam penyertaan Temasya Sukan Asia ke-19 Huangzhou, China.
Manakala penyertaan atlet Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) pula, 93 Orang Pelajar
Mewakili Kontinjen UPNM tidak kurang hebatnya dengan meraih 7 Pingat Emas, 2 Pingat Perak &
3 Pingat Gangsa dan berjaya mendapatkan (Tempat Ke-3 dari keseluruhan 20 Universiti Awam).
Laporan Tahunan 2023
20 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia