Page 21 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 21

Laporan Naib Canselor

                 Dalam aspek kebajikan pihak UPNM sentiasa meletakkan fokus dalam memastikan kesejahteraan
                 mahasiswa sentiasa terpelihara. Pihak UPNM telah meletakkan keutamaan kepada mahasiswa
                 dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan sokongan. la merangkumi bantuan kepada
                 mahasiswa berkeperluan menerusi penyaluran dermasiswa, pemberian komputer riba, bantuan
                 kupon  makan  dan  penyaluran  zakat  kepada  mahasiswa  asnaf.  Selain  itu,  bantuan  lain  turut
                 diteruskan termasuk bantuan perlindungan kesihatan, bantuan kes khas (kemalangan/ bencana
                 alam)  dan  bantuan  khairat  kematian.  Pihak  UPNM  juga  amat  berterima  kasih  kepada  para
                 penyumbang daripada pelbagai agensi dan syarikat korporat yang turut sama-sama berganding
                 bahu  dengan  UPNM  dalam  memastikan  para  mahasiswa  dapat  dibantu  dengan  sewajarnya
                 adalah seperti di Jadual 1.


                   Jadual 1:            Jenis Bantuan Daripada Pelbagai Agensi  dan Syarikat Korporat

                          Jenis Bantuan               Jumlah Perbelanjaan          Jumlah Pelajar Terima
                                                 (Januari 2023 - Disember 2023)  (Januari 2023 - Disember 2023
                 Bantuan Perlindungan Kesihatan           RM 35,619.00                   101 orang
                 Bantuan Makanan MAIWP                   RM 242,525.00                  2,700 orang
                 (Kuarantin/ Isolasi/ Kupon Makan)
                 Bantuan Kes Khas                         RM 23,080.00                  4,514 orang
                 (Kemalangan/ Bencana Alam/ Lain-
                 lain)
                 Bantuan Khairat Kematian                 RM 4,800.00                 16 waris/ pelajar

                 Bantuan Program Makanan Sejahtera        RM 78,065.00                   60 orang
                 (B40)

                 Program UPNM Care                        RM 36,888.00                   142 orang
                 Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan         RM420,977.00









































                                                                                         Laporan Tahunan 2023  21
                                                                                        Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26